Rabu, 11 Mac 2015

PETA BUIH BERGANDA


MUHASABAH DIRI

MUHASABAH DIRI!!!
Belajar daripada pengalaman adalah guru yang paling baik, tetapi jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
Ayuh...carilah seberapa banyak pengalaman yang mungkin!

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


Ahad, 1 Mac 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA - SMK DATUK UNDANG ABDUL MANAP, JOHOL








Tarikh: 28 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Dewan SMKDUAM

Terima kasih kepada Cikgu Norjilah Mohammad dan guru-guru Bahasa Melayu SMK Datuk Undang Abdul Manap, Johol kerana sudi mengundang saya untuk Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2015. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sekali gus menyuntik semangat pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir semasa program tersebut dan tidak ketinggalan pihak penganjur yang bersemangat tinggi kerana bertindak dari awal tahun lagi. Syabas!!!

Rabu, 4 Februari 2015

TEMPAHAN UNTUK PROGRAM JERAYAWARA BAHASA

Tarikh-tarikh yang sudah ditempah untuk PROGRAM JERAYAWARA BAHASA:

1. SMK Datuk Undang Abdul Manap Johol - 28 Februari 2015 ( Sabtu)
2. SMK Dato' Sri Amar DiRaja, Muar - 29 Mac 2015 ( Ahad)
3. SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhd, Kuantan - 11 April 2015 (Sabtu)
4. SMK Bandar Baru Bangi - 15 April 2015 ( Rabu).

Khamis, 22 Januari 2015

KEMAHIRAN ABAD KE-21

KEMAHIRAN ABAD KE-21:

1. Apakah kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21?
• Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
• Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
• Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

2.  Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad Ke- 21?
• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

3.  Apakah ciri-ciri guru abad ke-21?

• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini

4.  Apakah ciri-ciri murid abad ke-21?
• Berupaya membuat hubung kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahaga akan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi