Jumaat, 21 Mac 2014

RENCANA 190: MEWUJUDKAN KOMUNIKASI YANG MESRA


Ikutilah rencana Dunia Bahasa saya berjudul "Mewujudkan Komunikasi Yang Mesra" dalam majalah Pelita Bahasa, Bil.3/2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 189: MENINGKATKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI


Ikutilah rencana umum bertajuk "Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mac 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 188: ULASAN SOALAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA SPM 2013

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya berjudul "Ulasan Soalan Pengetahuan & Kemahiran Bahasa SPM 2013" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mac 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 187: LATAR MASYARAKAT DALAM BENTUK PETA POKOK

Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya berjudul "Latar Masyarakat Dalam Bentuk Peta Pokok" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mac 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 186: PERISTIWA DALAM NOVEL SEBAGAI TELADAN

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya berjudul "Peristiwa Dalam Novel Sebagai Teladan" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mac 2014. Selamat membaca!!!

Rabu, 12 Mac 2014

MAPAN ATAU MAMPAN???

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL:
MAPAN ATAU MAMPAN???

Kata mapan dan mampan, kedua-duanya betul.
Perkataan “mapan” bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap dan padanan dalam bahasa Inggeris – “establish”.
Manakala “mampan” pula bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya) atau mengekalkan pencapaian dan padanan dalam bahasa Inggeris – “sustainable”.
Contohnya: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan. 4. Pengangkutan mampan  5. Pembangunan mampan

Sabtu, 8 Mac 2014

PENGGUNAAN AWALAN ASING "ANTI-"

BETUL YANG BIASAKAN DAN BIASAKAN YANG BETUL
PENGGUNAAN AWALAN ASING "ANTI-"
 Anti- ialah awalan asing dan berbentuk terikat serta ditulis rapat dengan kata nama am yang mengikutinya seperti antilelaki, antidadah, antirasuah, antikomunis, antiagama, antibakteria, antimerokok, dsb. Tetapi jika disambung dengan kata nama khas perlu diletak tanda sempang seperti anti-Israel, anti-Amerika, anti-Yahudi, anti-Jepun, dsb.
Selain itu, anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan atau menentang. Misalnya, antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah.

PENGGUNAAN AWALAN ASING "PRA-"

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL
PENGGUNAAN AWALAN ASING “PRA-”

Awalan asing pra- (pasca-, maha-, anti-, dwi-, tata-, pro- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pradaftar, prasekolah, praklinikal, prauniversiti, dan prapelancaran. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, dengan tanda sempang seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Contoh perkataan lain ialah pra-UPSR, pra-SPM, pra-STPM, dsb.
Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.

Isnin, 24 Februari 2014

MEMPEROLEH ATAU MEMPEROLEHI

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL:
MEMPEROLEH ATAU MEMPEROLEHI

Ejaan yang betul ialah memperoleh.
Seperti yang diketahui, kata terbitan yang betul ialah memperoleh, daripada kata dasar “oleh” menghasilkan kata terbitan beroleh, memperoleh, perolehan, pemeroleh dan pemerolehan.
Memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dengan ikhtiar atau usaha. Ayat contoh. Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita sering berkunjung ke perpustakaan.
Tegasnya, kata terbitan “memperolehi” tidak ada dalam bahasa Melayu kerana kata dasar “oleh” apabila menerima imbuhan awalan memper- menjadi memperoleh (kata dasar OLEH + imbuhan memper-) dan tidak ada kata dasar “OLEHI” untuk membentuk kata kerja “memperolehi”.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SAM MUHAMADIAH SABAK










Tarikh: 23 Februari 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Besar SAM Muhamadiah Sabak

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Aliza Sahlan, Pengetua SAM Muhamadiah Sabak, Puan Jaamah, guru-guru Bahasa Melayu, pelajar-pelajar termasuk guru dan pelajar sekolah jemputan yang berdekatan kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa buat julung-julung kali sebagai pembuka tirai sesi persekolahan 2014. Syabas dan tahniah atas komitmen yang cukup tinggi daripada pelajar-pelajar yang terbabit dari awal hingga akhir program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat memberi suntikan semangat bagi meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DALAM SENTUHAN EMAS A+ TELUK INTAN











Tarikh: 22 Februari 2014 (Sabtu)
Masa  : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Yusrizal kerana bertungkus lumus untuk membawa saya bagi mengendalikan program yang dianjurkan oleh Gabungan Belia 4B (M) Parlimen Teluk Intan dengan kerjasama PPD Hilir Perak. Tidak ketinggalan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan pelajar sekolah-sekolah yang terpilih dari kawasan PPD Hilir Perak kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang berlangsungnya program tersebut dari pagi hingga petang tanpa jemu-jemu. Semoga segala input yang disampaikan dapat memberi manfaat untuk menggerakan semua pelajar yang dikenal pasti berpotensi cemerlang supaya berjaya menempa kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan SPM kelak. Juga ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Saiful Adli, Pengerusi Gabungan Belia 4B dan ahli jawatankuasanya yang turut terlibat secara langsung menjayakan program tersebut. 

Isnin, 17 Februari 2014

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA MINGGU INI


Program Jerayawara Bahasa hujung minggu akan diadakan di Dewan Bunga Raya, Teluk Intan pada 22 Februari 2014 (Sabtu) yang melibatkan pelajar-pelajar dari:
(1) SMK Seri Perak
(2) SMK Horley Methodist
(3) SMK Serikandi
(4) SMK Raja Muda Musa
(5) SMK Seri Setia
(6) SMK SMK Sultan Abdul Aziz
(7) SMK Dato' Sagor
(8) SMK Abdul Rahman Talib
(9) SMK Seri Perkasa, dan

bersambung pada hari kedua di Sekolah Agama Menengah Muhamadiah Sabak, Pekan Sabak Bernam.
Kepada mereka yang ingin membeli buku Koleksi Rencana Umum (KRU) Jilid 1-4, bolehlah berjumpa saya di salah satu lokasi berkenaan. Jumpa di sana.

Ahad, 16 Februari 2014

CARA MENULIS PERKATAAN "E-MEL"

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL:

E-mel atau kependekan perkataan electronic mail ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam Bahasa Melayu. E-mel merupakan kata majmuk. Jika perkataan e-mel menerima imbuhan apitan meN-...-kan atau dipasifkan atau menerima apitan peN-...-an, maka cara menulisnya seperti berikut:
(i) meng-e-melkan atau lebih gramatis apabila menggunakan frasa ‘mengirimkan e-mel’
(ii) di-e-melkan
(iii) peng-e-melan

KATA-KATA ALUAN ATAU KATA ALU-ALUAN?

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL:
KATA-KATA ALUAN ATAU KATA ALU-ALUAN??
Frasa yang betul ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang.
Antara contoh ungkapan indah bagi kata alu-aluan atau ucapan alu-aluan yang biasa terdapat dalam teks ucapan yang dimuatkan dalam buku cenderamata atau program sesuatu majlis ialah sekapur sirih, seulas pinang, setitis tinta, seuntai madah, seuntai bahasa, secebis bicara, semanis madah, seungkap rasa, sejambak bicara, dan sebagainya.

SATU JAM SETENGAH ATAU SATU SETENGAH JAM?

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL:
Satu jam setengah atau satu setengah jam???

Ungkapan yang betul ialah "satu setengah jam", iaitu nombor bacaan (1 1/2) baru diikuti dengan unit kiraan (jam).

Dengan kata lain, sistem bacaan lazimnya mengikut bentuk penulisan. Oleh itu, bacaan yang tepat bagi masa ialah satu setengah jam kerana ditulis sebagai 1 ½ jam. Begitu juga bacaan bagi timbangan, iaitu satu setengah kilogram ditulis sebagai 1 ½ kg.