Selasa, 22 Oktober 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG







Tarikh: 11 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Perpustakaan SMAP Kajang

Terima kasih kepada Puan Hjh. Rabita, Puan Fuziah, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar SMKAP Kajang dan sekolah jemputan dari SM Sains Selangor yang turut serta dalam program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan bagi menghadapi kertas Bahasa Melayu dengan cemerlang peringkat SPM 2013.

Sabtu, 5 Oktober 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMKA MAAHAD MUAR







Tarikh: 28 September 2013 (Sabtu)
Masa  : 8.45 pagi
Tempat: Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar

Alhamdulillah..usai berjerayawara bahasa di SMKA Maahad Muar bertempat di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar semalam (29 Sept. 2013) untuk tahun kelima. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Mastura Idris, Puan Hjh. Aini Ariffin dan guru-guru serta semua pelajar yang terbabit dalam program tersebut dan tidak jemu-jemu mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan bagi membolehkan anda memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak sekali gus mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya.

Jumaat, 20 September 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BATU KIKIR, KUALA PILAH







Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Batu Kikir buat kali pertama semalam (19 Sept. 2013) jam 2.00 - 5.30 petang. Terima kasih tidak terhingga kepada Editor Fokus SPM Saudara Azman Mohd Nawi kerana memberi ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan Program Pecutan Akhir SPM 2013 kepada pelajar-pelajar SMKBK yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada GKMP Bahasa, Ketua Panitia dan guru-guru Bahasa Melayu sekolah tersebut yang turut memberikan kerjasama yang baik sepanjang program tersebut berlangsung petang semalam.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK INFANT JESUS CONVENT





Tarikh: 14 September 2013 (Sabtu)
Masa  : 5.00 petang
Tempat: Hotel Hang Tuah City, Melaka
Terima kasih kepada Cikgu Puan Khatijah (Kaunselor) SMKIJC kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga semua pelajar yang terlibat dapat manfaat daripada input yang disampaikan dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Ahad, 1 September 2013

RENCANA 178: MEMARTABATKAN SASTERA KANAK-KANAK & REMAJA


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya yang berjudul "MEMARTABATKAN SASTERA KANAK-KANAK & REMAJA" dalam majalah Fokus SPM keluaran September 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 177: SENARAI SEMAK TEMA DAN ISU KERTAS BM 1 SPM 2013


Ikutilah rencana Bahasa Melayu SPM saya selanjutnya yang berjudul "Senarai Semak Tema dan Isu Kertas BM 1 SPM" dalam majalah Fokus SPM keluaran September 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 176 : SENARAI SEMAK SOALAN KOMSAS UNTUK SPM 2013

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya yang berjudul "SENARAI SEMAK SOALAN KOMSAS UNTUK SPM 2013" dalam majalah Fokus SPM keluaran September 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 175 : ULASAN SAJAK "KETENANGAN"

Ikutilah rencana KOMSAS PM saya selanjutnya yang berjudul "Ulasan Sajak Ketenangan" dalam majalah Dewan Siswa keluaran Ogos 2013. Selamat membaca!!!

PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA HINGGA DAN SAMPAI

Sumber: Pusat Rujukan Persuratan Melayu

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM TERENDAK








Tarikh: 29 Ogos 2013
Masa: 10.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Ismah Beach Resort, Padang Kemunting
Terima kasih kepada Puan Hjh Zuraidah Zulkeflee dan guru-guru kerana tidak jemu-jemu memberi ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan program tersebut saban tahun anjuran Jabatan Bahasa MRSM Terendak pada 29 Ogos 2013 (Khamis) dari 10.30 pagi hingga 4.30 petang. Tahniah kepada semua pelajar yang memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan sehingga berakhirnya program tersebut. Semoga kalian mendapat input dan suntikan semangat baharu untuk meraih kecemerlangan menjelang peperiksaan SPM yang semakin hampir.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM TUN GHAFFAR BABA





Terima kasih kepada Cikgu Siti Hajar Ali, Cikgu Hjh. Hikmah Ramli dan rakan-rakan guru yang lain serta para pelajar kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya berjerayawara di MRSM Tun Ghaffar Baba. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan menjelang peperiksaan percubaan dan SPM nanti.

Ahad, 25 Ogos 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI KOLEJ YAYASAN SAAD







Tarikh: 23 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa  : 8.00 - 11.45 malam
Tempat: Pusat Sumber Kolej Yayasan Saad

Terima kasih kepada Cikgu Faizal dan Cikgu Hassan Ahmad kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama di KYS. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat serta syabas kerana komitmen kalian sangat memberangsangkan. Semoga segala input yang disediakan dapat dimanfaatkan menjelang peperiksaan SPM nanti sekali gus keputusan yang menyerlah daripada biasa.

Isnin, 5 Ogos 2013

ARTIKEL @ ISU BUKU KRU 1234 YANG SUDAH KELUAR DALAM SPM & STPM

 KANDUNGAN BUKU KRU 1

KANDUNGAN BUKU KRU 2

 KANDUNGAN BUKU KRU 3
KANDUNGAN BUKU KRU 4

Alhamdulillah..sejak terbitnya buku-buku KRU 1234 hampir setiap kali peperiksaan SPM November mahupun SPM Ulangan dan kertas Bahasa Melayu STPM serta Pengajian Am STPM, pasti ada saja isu yang relevan dengan artikel-artikel yang disiarkan dalam kesemua buku KRU 1234. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat membantu para pelajar dalam menghadapi kertas Bahasa Melayu dan Pengajian kedua-dua jenis peperiksaan awam. Semoga segala artikel yang berbaki mendapat perhatian daripada panel pembuat soalan bagi peperiksaan tersebut. Selamat membaca!!!