Selasa, 4 Jun 2013

PROGRAM JERAYAWARA DI SMK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG






Tarikh: 27 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Surau SMK Bandar Tasik Kesuma

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Puan Azlina Mokhlas, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama bagi sesi 2013. Syabas dan tahniah atas komitmen yang tinggi daripada pelajar-pelajar yang terbabit sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga program tersebut dapat memberi suntikan semangat yang baharu untuk melakar kecemerlangan yang membanggakan kelak dalam SPM yang akan datang.

PROGRAM JERAYAWARA DI MRSM PEKAN, PAHANG







Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Rose Lini Mustafa, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa pada hari Ahad (26 Mei 2013) jam 8.00 pagi buat kali pertama bagi sesi 2013. Syabas dan tahniah atas komitmen yang tinggi daripada pelajar-pelajar yang terbabit sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga program tersebut dapat memberi suntikan semangat yang baharu untuk melakar kecemerlangan yang membanggakan kelak dalam SPM yang akan datang.

Sabtu, 25 Mei 2013

RENCANA 170: PENGGAMBARAN WATAK DALAM CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG


Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya selanjutnya bertajuk "Penggambaran Watak dalam Cerpen Kasut Kelopak Jantung dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Mei 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 169: MENJAMIN KELESTARIAN BEKALAN MAKANAN NEGARA


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk "Menjamin Kelestarian Bekalan Makanan Negara" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 168: SENARAI SEMAK KERTAS BAHASA MELAYU 1 - SPM Ulangan

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya selanjutnya bertajuk "Senarai semak Kertas Bahasa Melayu 1 - SPM Ulangan" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 167: KEPINCANGAN MASYARAKAT DALAM NOVEL RENYAH

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya bertajuk "Kepincangan Masyarakat Dalam Novel Renyah, dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2013. Selamat membaca!!!

Isnin, 13 Mei 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM TEKNIK TAWAU







Tarikh: 12 Mei 2013 (Ahad)
Masa  : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Sekolah Teknik Tawau, Sabah

Terima kasih kepada Cikgu Sharipah Rafidah Syaid Mohammad, Ketua Jabatan Cikgu Ishak Japar, Cikgu Noriza Mohamed, Cikgu Nor Asmani dan guru-guru Bahasa Melayu kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SM Teknik Tawau pada 12 Mei 2013 buat kali pertama. Tidak ketinggalan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang turut terlibat serta memberi komitmen yang cukup tinggi sepanjang berlangsung program tersebut. Semoga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM kelak.

Sabtu, 11 Mei 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK WAKUBA, TAWAU









Kali pertama dalam Program Jerayawara Bahasa yang saya kendalikan, saya amat terharu apabila diberi peluang untuk berjerayawara bahasa di SMK Wakuba, Tawau yang serba kekurangan dan tidak pernah saya lalui sepanjang kerjaya dalam profesion keguruan selama lebih tiga dekad. Namun, semangat untuk menimba ilmu daripada kalangan pelajar yang terbabit membuat saya tersentuh hati kerana mereka sanggup mengorbankan masa untuk bersama-sama saya dalam program tersebut. Terima kasih kepada Cikgu Saloma Ambo yang berusaha untuk membawa saya ke sekolahnya. Semoga segala input yang disampaikan dapat membantu kalian dalam meraih kejayaan yang cemerlang dan memperoleh A+ dalam kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM yang akan datang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BALUNG, TAWAU









Terima kasih kepada Cikgu Ajinah Allyina Laupa dan guru-guru Bahasa Melayu yang memberi kepercayaan untuk saya mengendalikan program tersebut. Tidak ketinggalan saya tabik 'spring' kepada semua pelajar yang terlibat kerana sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk bersama-sama saya dari jam 2.30 petang walaupun dalam suasana cuti hujung minggu. Semoga kalian mendapat input yang dapat memberi manfaat buat kalian menghadapi SPM kelas dan memperoleh A+.

Isnin, 6 Mei 2013

RENCANA 166: DI SEBALIK PROFESION KEGURUAN: ANTARA PERANAN & HARAPAN


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Di Sebalik Profesion Keguruan: Antara Peranan & Harapan" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mei 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 165: BENTUK SOALAN PERIBAHASA

Ikutilah rencana Bahasa Melayu SPM saya selanjutnya berjudul "Bentuk Soalan Peribahasa" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mei 2013. Selamat membaca!!!


RENCANA 164: PERSOALAN MARUAH DALAM NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya berjudul "Persoalan Maruah Dalam Novel Konserto Terakhir" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mei 2013. Selamat membaca!!!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK PAYA RUMPUT






Tarikh: 2 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 12.00 tengah hari - 3.00 petang
Tempat: Perpustakaan SMKPR

Terima kasih kepada Cikgu Puan Kamisah Ali yang telah mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut khususnya bagi menyediakan kumpulan pelajar yang pertama sekolah tersebut bagi menghadapi peperiksaan SPM pada penghujung tahun 2013. Semoga segala input yang disampaikan dapat memberi manfaat dan suntikan semangat bagi menempah kecemerlangan yang menyerlah untuk tahun yang pertama.