Selasa, 16 Jun 2015

KERELEVANAN ARTIKEL DALAM BUKU-BUKU KRU DENGAN SOALAN BAHASA MELAYU SPM ULANGAN 2015

Alhamdulillah..sekali lagi terbukti bahawa empat artikel dalam buku KRU amat relevan dan dapat membantu calon SPM Ulangan 2015 menjawab kertas Bahasa Melayu 1 dalam Bahagian A dan B. Tahniah kepada mereka yang telah membaca artikel-artikel tersebut.

KERELEVANAN ARTIKEL 1 BUKU KRU JILID 3 DENGAN SOALAN 1 SPM ULANGAN 2015








Alhamdulillah.. sekali lagi terbukti artikel 1 yang berjudul "KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA" dalam buku KRU Jilid 3 saya kali ini amat relevan dan dapat membantu calon SPM Ulangan 2015 menjawab soalan 1 dalam bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 yang berbunyi:

"Penguasaan pelbagai bahasa penting dalam kehidupan.
Jelaskan kelebihan-kelebihan apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa".

Contoh rencana lengkap yang dapat dijadikan panduan untuk menjawab soalan tersebut turut disertakan seperti yang tertera.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM AGAMA LUGHATUL QURAN










Tarikh: 14 Jun 2015 (Ahad)
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran
Masa; 8.30 pagi

Terima kasih kepada Cikgu Maisarah Ahmad kerana mengundang saya kali pertama untuk program tersebut. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat, semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak sekali gus memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BATU PAHAT (SEHEBAT)











Tarikh: 13 Jun 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan Banang, SM Sains Batu Pahat
Masa; 8.30 pagi

Terima kasih kepada Cikgu Zainudin kerana memberi ruang dan kepercayaan untuk saya berjerayawara kali kedua di SEHEBAT. Tidak ketinggalan juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua pelajar SEHEBAT dan pelajar jemputan dari SMK Banang Jaya, SMK Tinggi Batu Pahat, SMK Seri Gading, SMA Parit Raja, SMA Parit Sulong dan SAKTI yang turut hadir dalam program tersebut. Juga tidak ketinggalan kepada semua guru termasuk Cikgu Azman, GPK 1, GKMP Bahasa, Cikgu Hanida, Cikgu Baizura, Cikgu Aminah dan Cikgu Puspalaili yang turut serta dalam program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat sekali menempa kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA & SUNTIKAN A+ SPM








Tarikh: 3 Jun 2015 (Rabu)
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka
Masa : 2.00 petang

Alhamdulillah ... usai berjerayawara bersama-sama anak-anak Petronas untuk Program Suntikan A+ Bahasa Melayu SPM. Terima kasih kepada Encik Kamarudin Abu Bakar kerana ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut setiap tahun. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir dan semoga kalian memperoleh manfaat sekali gus mempersiapkan diri kalian untu menghadapi peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK DATO' SYED AHMAD, KUALA NERANG









Tarikh: 2 Jun 2015 (Selasa)
Tempat: Dewan SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang
Masa: 8.30 pagi

Terima kasih kepada Cikgu Faizah Akib guru-guru Bahasa Melayu SMK Dato' Syed Ahmad kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk berjerayawara buat kali pertama dalam siri Kembara ke Utara pada 2 Jun 2015 (Selasa). Tidak ketinggalan kepada semua murid yang terlibat dan semoga kalian memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA AL-IRSHAD










Tarikh: 1 Jun 2015 (Isnin)
Tempat: Dewan SMKA Al-Irshad, Kepala Batas
Masa : 8.30 pagi
Terima kasih kepada Cikgu Isfa Ismail, guru-guru Bahasa Melayu SMK Agama Al- Irshad kerana mengundang saya untuk berjerayawara bahasa sekali gus menyempurnakan misi Kembara ke Utara hari ketiga. Semoga semua pelajar terbabit memperoleh input yang bermanfaat dan berjaya merealisasikan serta mengekalkan prestasi cemerlang peringkat negeri.
T