Ahad, 29 Disember 2013

RENCANA 181: MENYUBURKAN BUDAYA MEMBACA


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Menyuburkan Budaya Membaca" dalam majalah FOKUS SPM keluaran Januari 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 180: ULASAN & BENTUK SOALAN KOMSAS SPM 2013

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya berjudul "Ulasan & Bentuk Soalan KOMSAS SPM 2013 dalam majalah FOKUS SPM keluaran Januari 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 179 : ULASAN & BENTUK SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2013

Ikutilah rencana BAHASA MELAYU SPM saya selanjutnya berjudul "Ulasan & Bentuk Soalan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM 2013 dalam majalah FOKUS SPM keluaran Januari 2014. Selamat membaca!!!

Khamis, 12 Disember 2013

KERELEVANAN BUKU KRU 3 DENGAN SOALAN BAHAGIAN B SPM 2013

 KULIT BUKU KRU 3

 KANDUNGAN BUKU KRU 3

 ARTIKEL 14 - MAKANAN SEGERA: PRO & KONTRA

 SOALAN 2 BAHAGIAN B KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM 2013
Alhamdulillah...artikel 14 yang berjudul "Makanan Segera: Pro & Kontra" dalam buku KRU 3 amat relevan dengan soalan Bahagian B SPM 2013 yang berbunyi: "Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak. Tulis rencana itu selengkapnya.

KERELEVANAN ARTIKEL KRU 1 DENGAN SOALAN BAHAGIAN A SPM 2013

 KULIT BUKU KRU 1

KANDUNGAN BUKU KRU 1

 ARTIKEL 4 - KEPENTINGAN MEMELIHARA BANGUNAN WARISAN

ARTIKEL - MELESTARIKAN WARISAN BUDAYA
SOALAN BAHAGIAN A - KERTAS BM 1 SPM 2013

Alhamdulillah... artikel 4 yang berjudul "Kepentingan Memelihara Bangunan Warisan" dan artikel 12 yang berjudul "Memelihara Warisan Kebangsaan" dalam buku KRU 1 amat relevan dengan soalan Bahagian A SPM 2013 yang berbunyi: "Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara kita".

Rabu, 11 Disember 2013

BUKU KRU JILID 1, 2, 3 & 4 (KRU 1234) KINI DIBUKA UNTUK PESANAN

UNTUK MAKLUMAN KEPADA SEMUA PEMINAT BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM JILID 1- 4 (KRU 1234), KINI SUDAH DIBUKA UNTUK PESANAN. HARGA SETIAP JILID MASIH LAGI RM10 SETIAP SATU DAN SILA RUJUK CARA-CARA MEMBUAT PESANAN DI LAJUR SEBELAH KIRI BLOG INI. HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA GURU DAN MURID DARI SELURUH NEGARA.

Selasa, 5 November 2013

SKOP KERTAS BAHASA MELAYU 2 YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

KARYA-KARYA KOMSAS & SOALAN NOVEL YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

PROSA MODEN:
1. SEMUA CERPEN TINGKATAN 4 (ANTOLOGI HARGA REMAJA

PROSA KLASIK:
1. HIKAYAT LANGLANG BUANA (ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU)
2. HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN (ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU)

PUISI:
PUISI TRADISIONAL

1. GURINDAM TONGGAK DUA BELAS (ANTOLOGI HARGA REMAJA)
2. SELOKA SI LUNCAI (ANTOLOGI HARGA REMAJA)

SAJAK:
1. SEMUA SAJAK (ANTOLOGI HARGA REMAJA) KECUALI ADAT SEZAMAN

NOVEL:
1. LATAR MASYARAKAT
2. CABARAN-CABARAN WATAK UTAMA / CARA WATAK UTAMA MENYELESAIKAN KONFLIK
3. WATAK & PERWATAKAN – WATAK SAMPINGAN
4. PERSOALAN MARUAH / KEGIGIHAN /
5. PLOT – PERISTIWA YANG MEMBAWA KEPADA KESUDAHAN CERITA /KEWAJARAN PENGARANG MENGAKHIRI CERITA

* SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PELAJAR DI SELURUH NEGARA KHUSUSNYA YANG SEMPAT BERSAMA-SAMA SAYA DALAM PROGRAM JERAYAWARA BAHASA SEPANJANG TAHUN INI. SKOP YANG TERTERA HANYA SEKADAR JANGKAAN BERDASARKAN PENGALAMAN YANG LALU. JIKA ADA YANG KELUAR ITU HANYA KEBETULAN SAHAJA.

ISU-ISU POPULAR KERTAS BAHASA MELAYU 1 PERLU DIBERI PERHATIAN

ISU-ISU KERTAS BM 1 YANG PERLU DIBERI PERHATIAN:

1.PELANCONGAN                                                                                                  2.SEMANGAT KEJIRANAN
3. KEPENTINGAN MEMELIHARA BANGUNAN BERSEJARAH /WARISAN BUDAYA
4. ORANG KURANG UPAYA /MASYARAKAT PENYAYANG / ANAK ISTIMEWA
5. PRODUK 1 MALAYSIA
6. MASALAH SOSIAL – PEMBUANGAN BAYI / PENDERAAN/PENCULIKAN KANAK-KANAK
7. SUMBANGAN INDUSTRI KECIL & SEDERHANA
8. MAKANAN SEGERA / OBESITI
9. PERANAN PIBG
10. AMALAN MEMBACA /MENABUNG /MENDERMA ORGAN
11. MENINGKATKAN KESIHATAN RAKYAT
12. PERSEDIAAN /KRITERIA UNTUK NEGARA MAJU
13. KEMPEN BELI BARANGAN TEMPATAN / MENANGANI HAR!
GA BARANG

* Banyak sangat sms dan pertanyaan daripada rakan guru dan pelajar dari seluruh negara yang saya terima. Rasanya tak mampu saya hendak menjawabnya satu persatu. Oleh itu, diharapkan isu-isu berkenaan dapat diberi perhatian dan mudah-mudahan dapat meringankan beban para pelajar yang bakal menghadapi kertas Bahasa Melayu 1 pagi esok. Isu-isu di atas hanya sekadar renungan sahaja dan jika keluar itu hanya kebetulan sahaja. Selamat maju jaya!!

Selasa, 22 Oktober 2013

ANALISIS SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM (NOV. & ULANGAN) : 2004 - 2013

  BAHAGIAN A

 BAHAGIAN B - DIMENSI REMAJA

 BAHAGIAN B - DIMENSI KELUARGA

BAHAGIAN B - DIMENSI MASYARAKAT /NEGARA

BAHAGIAN B - DIMENSI MASYARAKAT SERANTAU /ANTARABANGSA

BAHAGIAN B - DIMENSI KOMSAS

Berdasarkan analisis lengkap kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) di atas, diharap dapat membantu bakal calon SPM 2013 untuk melihat semula isu-isu atau tajuk yang pernah diajukan dalam peperiksaan SPM peringkat November dan Ulangan. Oleh itu, tidak perlu lagi membincangkan atau bersiap sedia dengan isu-isu yang telah diuji kerana perbuatan demikian sia-sia sahaja. Selamat maju jaya dan semoga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TAMAN MELAWATI









Tarikh: 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Taman Melawati

Terima kasih kepada Dr. Ghazali Taib, Encik Mokhlis (Pengerusi PIBG), guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Taman Melawati kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Semoga kalian memperoleh manfaat untuk dibawa bekal pada hari peperiksaan SPM kelak dan berjaya dengan cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG







Tarikh: 11 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Perpustakaan SMAP Kajang

Terima kasih kepada Puan Hjh. Rabita, Puan Fuziah, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar SMKAP Kajang dan sekolah jemputan dari SM Sains Selangor yang turut serta dalam program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan bagi menghadapi kertas Bahasa Melayu dengan cemerlang peringkat SPM 2013.

Sabtu, 5 Oktober 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMKA MAAHAD MUAR







Tarikh: 28 September 2013 (Sabtu)
Masa  : 8.45 pagi
Tempat: Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar

Alhamdulillah..usai berjerayawara bahasa di SMKA Maahad Muar bertempat di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar semalam (29 Sept. 2013) untuk tahun kelima. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Mastura Idris, Puan Hjh. Aini Ariffin dan guru-guru serta semua pelajar yang terbabit dalam program tersebut dan tidak jemu-jemu mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan bagi membolehkan anda memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak sekali gus mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya.

Jumaat, 20 September 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BATU KIKIR, KUALA PILAH







Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Batu Kikir buat kali pertama semalam (19 Sept. 2013) jam 2.00 - 5.30 petang. Terima kasih tidak terhingga kepada Editor Fokus SPM Saudara Azman Mohd Nawi kerana memberi ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan Program Pecutan Akhir SPM 2013 kepada pelajar-pelajar SMKBK yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada GKMP Bahasa, Ketua Panitia dan guru-guru Bahasa Melayu sekolah tersebut yang turut memberikan kerjasama yang baik sepanjang program tersebut berlangsung petang semalam.