Selasa, 15 Mei 2012

RENCANA 117: JENAYAH PENCULIKAN KANAK-KANAK


Ikutilah rencana khas saya selanjutnya berjudul "Jenayah Penculikan Kanak-kanak" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Mei 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 116: ULASAN CERPEN HARGA SEBUAH LUKISAN

Ikutilah rencana KOMSAS PMR selanjutnya berjudul "Ulasan Cerpen Harga Sebuah Lukisan" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Mei 2012. Selamat membaca!!!

Ahad, 13 Mei 2012

Al FATIHAH - UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM CIKGU ABD. RAZAK HASSAN

Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Abdul Razak Hasssan, rakan penulis blog Bahasa Melayu (http://galusbm1.blogspot.com/) yang sangat prolifik kerana telah kembali kerahmatullah pada malam tadi. Semoga rohnya dicucurkan rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin - Al Fatihah

Khamis, 10 Mei 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM LANGKAWI





Tarikh: 12 Mei 2012
Hari   : Sabtu
Masa  : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Besar MRSM Langkawi
Terima kasih kepada Puan Saidah Nasrah (Ketua Jabatan Bahasa), Cik Norfazirah Md. Noor, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar yang bakal terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa pada hari Sabtu nanti.

PROGRAM JERAYAWARA DI SMK TUN TUAH


Tarikh: 3 Mei 2012
Hari   : Khamis
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah
Masa  : 12.40 tengah hari 
Terima kasih kepada Tuan Hj. Mohd. Rashid Hassan, Puan Roselind Shoon, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa pada hari tersebut. Semoga segala pengisian yang disampaikan dapat dimanfaatkan serta diamalkan sepanjang masa khususnya bagi menghadapi peperiksaan SPM 2012 kelak.

Khamis, 3 Mei 2012

RENCANA 115: AWASI JENAYAH SIBER ANCAM DUNIA


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk "Awasi Jenayah Siber Ancam Dunia" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Mei 2012. Cabutan daripada petikan asal...

Kemajuan pesat teknologi maklumat dan perkongsian maklumat secara global antara faktor meningkatnya gejala jenayah siber. Fenomena peningkatan jenayah siber bukan sahaja berlaku di seluruh dunia, malah di Malaysia turut menerima tempiasnya. Antara negara lain yang turut mencatat angka tertinggi dalam jenayah itu adalah United Kingdom, Ukraine, Indonesia, Yugoslavia, Lithuania, Romania, Turki, Russia, Pakistan, Israel, Nigeria dan China. Hal ini menunjukkan bahawa jenayah siber melibatkan rangkaian penjenayah antarabangsa sehingga menular ke negara kita. Secara tidak langsung, tanggungjawab pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baharu perlakuan jenayah siber yang semakin meningkat, di samping jenayah jalanan. Dengan kata lain, pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap perlakuan jenayah dalam konteks negara kita dan antarabangsa.
Teruskan membaca!!!

RENCANA 114: PERSOALAN MARUAH DALAM NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya berjudul "Persoalan Maruah dalam Novel Konserto Terakhir" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Mei 2012. Selamat membaca!!1

RENCANA 113: PENGGUNAAN & BENTUK IMBUHAN SANSKRIT

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya selanjutnya bertajuk "Penggunaan & Bentuk Imbuhan Sanskrit" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Mei 2012. Selamat membaca!!!