SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Tarikh: 23 Oktober 2011 Hari : Ahad Masa : 8.00 - 11.00 pagi Tempat: KPA Agrobazaar & Cafe, Lebuh AMJ, Merlimau Terima kasih kepada sahabat saya Tuan Hj. Yusry, guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam program tersebut bagi mengisi Program Lonjakan Saujana 2 (Menggilap Potensi). Semoga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Tarikh: 22 Oktober 2011 Hari : Sabtu Masa : 8.00 - 10.30 pagi Tempat: Bilik Tayang, Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka Terima kasih kepada Guru Kaunselor STB, Puan Suhana kerana memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di sekolahnya buat pertama kali.
Tarikh: 18 Oktober 2011 Masa : 11.20 pagi Tempat: Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka Terima kasih kepada pihak IKSEP yang memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan program tersebut hari ini dan tidak ketinggalan kepada semua pelajar bakal calon SPM tahun ini yang terlibat.
Tarikh: 1 Oktober 2011 Masa : 9.00 - 11.30 pagi Tempat: Kompleks Penyayang Alor Gajah Terima kasih kepada Encik Gangga, pengelola program kecemerlangan SPM yang memberi kesempatan kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa bersama-sama ahli-ahli komuniti tempatan yang bakal menghadapi SPM tahun ini.
Sakit mata apabila melihat papan tanda seperti itu. Kenapa tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya? Pelik ya...Tidak ada alasan kalau tidak tahu mengeja dengan tepat. Kamus Dewan ada kenapa tidak dirujuk? Ejaan yang sepatutnya - "Kerja-kerja landskap sedang dijalankan".
Tarikh: 13 Oktober 2011 Hari : Khamis Masa : 8.30 - 11.00 pagi Tempat: Bilik Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka Terima kasih kepada pihak penganjur Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan dan Melaka serta Jabatan Pelajaran Melaka yang mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut sebagai pengisian Program Kecemeralangan SPM Pelajar Orang Asli Peringkat Negeri Sembilan dan Melaka. Semoga kalian mendapat manfaat daripada program tersebut.
Tarikh : 9 Oktober 2011 (Ahad)Masa : 8.30 - 11.30 pagiTempat : Auditorium Sekolah Sultan Alam ShahTerima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Asmadira, Puan Khazanah, Cikgu Annuar Khisham, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat dan mengamalkannya semasa menghadapi peperiksaan SPM kelak.
Rujukan tambahan: Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Perlis soalan 3 berbuny: Usaha yang berterusan untuk membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan tindakan yang wajar agar mereka dapat memberikan sumbangan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel bertajuk "Peranan Kerajaan Terhadap Golongan OKU" di dalam buku KRU 1 seperti berikut:
Rujukan tambahan: Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Perlis 2011 Bahagian B Soalan 4 yang berbunyi:
Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat. Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
Sila rujuk artikel saya bertajuk "Pemerdagangan Orang: Antara Cabaran dan Usaha" di dalam buku KRU Jilid 2 untuk keterangan lanjut.