SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Khamis, 31 Mac 2011
Rabu, 30 Mac 2011
NGO CINA PULA BANTAH INTERLOK
KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu. Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.
"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean, lapor Malaysiakini. Pada sidang media di sini, Rabu, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).
Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen "pembasuhan minda" dan mempromosikan perkauman serta perpecahan. "Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya. Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.
"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu. "Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya. Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok. Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.
Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit. "Ini mesej ketuanan Melayu," katanya. Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu". "Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.
Sumber: www.mstar.com.my
Selasa, 29 Mac 2011
Khamis, 24 Mac 2011
SPM TERBAIK DALAM 4 TAHUN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 23 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam empat tahun ini dengan seramai 9,239 orang atau 2.28 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang ( A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.
''Sebanyak 368,559 orang atau 91.2 peratus calon berjaya mendapat sijil berbanding 90.8 peratus calon pada tahun lalu. ''Sebanyak 81 daripada 103 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2010 di sini hari ini.
Mengenai pelajar terbaik, beliau berkata, seramai empat calon berjaya mendapat A+ dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil dan 47 lagi mendapat A+ dalam semua 11 mata pelajaran. ''Terdapat 207 calon yang mendapat A+ dalam semua 10 mata pelajaran dan 105 calon mendapat A+ dalam semua sembilan mata pelajaran," katanya, Abd Ghafar berkata, sebahagian besar sekolah di Malaysia dikategorikan dalam pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan. ''Hanya sebilangan kecil iaitu 66 buah sekolah atau 3.1 peratus sahaja yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.
Menurutnya, seramai tujuh calon berkeperluan khas termasuk yang rabun, buta dan pekak berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran. ''Seorang calon rabun telah berjaya mendapat lapan A+ dan tiga A dalam 11 mata pelajaran yang diduduki dan seorang lagi calon buta mendapat enam A+, tiga A dan satu A-," katanya. Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.
Selasa, 22 Mac 2011
MENYEMAK KEPUTUSAN SPM MELALUI SMS
Salam sejahtera buat semua.
Seperti yang ramai pelajar lepasan SPM 2010 sedia maklum, tarikh pengumuman keputusan SPM 2010 ialah pada hari Rabu ini, 23 Mac 2011. Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di Putrajaya. Buat kali pertama juga, semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga diperkenalkan bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing.
Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS
Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK
Jumaat, 18 Mac 2011
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI PUSAT BIMBINGAN KARYA
Ahad, 13 Mac 2011
KEENAKAN ATAU KEENAKKAN??
Rabu, 9 Mac 2011
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI KUCHING, SARAWAK
Sabtu, 5 Mac 2011
JADUAL PEPERIKSAAN SELARAS NEGERI MELAKA 2011
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN:
18 – 25 MEI 2011 – PMR
9 – 27 MEI 2011 – SPM
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
8 – 12 OGOS 2011 – PMR
12 – 30 SEPTEMBER 2011 – SPM
Khamis, 3 Mac 2011
BAUCAR PENGINAPAN PERCUMA - PETRONAS
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.