
Alhamdulillah...akhirnya siap juga buku Koleksi Rencana Umum Jilid 3 (KRU 3) dan sampai ke tangan saya tepat jam 1.00 pagi sebentar tadi terus dari kilang. Terima kasih kepada pihak syarikat percetakan yang dapat menghantar tepat pada masanya.
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk menghasilkan buku Koleksi Rencana Umum Jilid 3 ini menjadi kenyataan setelah saya berusaha mengumpulkan kesemua rencana tersebut di dalam sebuah buku. Keseluruhan artikel yang dimuatkan di dalam buku ini merupakan artikel yang pernah disiarkan dalam pelbagai majalah tempatan tempatan seperti majalah Fokus SPM, E@Siswa, dan Dewan Siswa. Sebanyak 25 artikel dimuatkan dalam jilid ketiga ini yang menyentuh pelbagai isu kontemporari. Aspek atau isu yang diketengahkan dalam buku ini berkisar tentang isu-isu semasa untuk dijadikan bahan rujukan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam menulis karangan khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) termasuk esei bag kertas Pengajian Am. Seperti buku Koleksi Rencana Umum Jilid 1 dan 2 (KRU 1 & 2), koleksi rencana yang dimuatkan di dalam buku ini telah diedit semula dan diubah suai, di samping terdapat penambahan fakta-fakta yang terkini dan diperluas skop perbincangannya.
Sudah terbukti bahawa artikel atau isu yang dimuatkan dalam kesemua buku KRU ini amat relevan dengan soalan yang pernah diuji dalam peperiksaan SPM dan STPM sebelum ini. Selain itu, bahan yang dimuatkan di dalam buku ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid sebagai bahan rangsangan untuk rumusan karangan. Mudah-mudahan jika dimanfaatkan sepenuhnya buku ini untuk pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya aspek karangan, diharap dapat membantu murid menguasai isu semasa sekali gus meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana kemahiran menulis masih lagi menjadi masalah kepada sebahagian besar murid kerana ketidakmampuan mereka untuk menyampaikan atau menghuraikan idea secara matang, lancar, dan berkesan, di samping kadangkala tidak menjawab tugasan soalan. Oleh itu, diharap buku ini secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dan juga mendedahkan kepada murid dengan pelbagai rencana yang menarik dan bermutu.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan rakan guru dan murid kerana memiliki buku ini. Semoga diharap buku ini dapat membantu murid khususnya dalam aspek kemahiran menulis sekali gus menguasai kertas Bahasa Melayu dengan cemerlang.
HJ. SAMAT BUANG
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
(Munsyi BM /Komsas /Sastera)
Alamat blog: www.munsyibm.blogspot.com
E-mel : tampan88@yahoo.com
Facebook: Samat Gcbm
JUDUL KARYA DALAM ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN
MENGIKUT GENRE
Bil | Jenis Genre | Antologi Harga Sebuah Lukisan |
1 | Puisi tradisional | · Pantun Empat Kerat (Muafakat) · Pantun Nasihat (Bersatu hati) · Pantun Berkait (Bekerja) · Syair Panduan Untuk Para Remaja · Syair Berbuat Jasa · Syair li-Attar Gaib |
2 | Sajak | · Fragmen Sebuah Kehidupan · Kata-kata · Keusangan Budaya · Seorang Insan Istimewa · Pesan Buat Anak-anak Merdeka · Rumput |
3 | Prosa Tradisional | · Hikayat Seri Kelantan · Hikayat Patani · Hikayat Marakarma · Kuda Janggi Gerdana |
4 | Cerpen | · Mutiara Bonda · Segala Yang Tercinta Ada Di Sana · Harga Sebuah Lukisan · Budi Semangkuk Daging · Mencari Nafas Baharu |
5 | Drama | · Sebuah Perjuangan · Cabaran |
Jumlah Karya | 23 |
Novel Renyah
Watak utama - Datuk Dolhi
1. Usahawan yang berjaya
– Datuk Dolhi mempunyai empayar perniagaan secara usaha sama dengan Albert Lee dalam perniagaan Dolhi-Albert Holding.
2. Bertanggungjawab
– Beliau masih memberi nafkah kepada anaknya, Wahi melalui ibu mentuanya walaupun isterinya, Mastura telah meninggal dunia.
3. Penyayang
- Datuk Dolhi tetap sayang kepada semua anaknya walaupun anak-anaknya itu banyak menimbulkan masalah kepadanya kerana mencemarkan nama baiknya.
4. Penyabar
- Datuk Dolhi tetap bersabar dengan pelbagai kerenah anak-anaknya yang bermasalah.
5. Berani
- Beliau telah membuat keputusan untuk melantik Wahi sebagai penggantinya dalam Dolhi Albert Holding walaupun dia tahu bahawa Albert Lee ingin menguasai syarikat tersebut.
6. Rajin
- Beliau rajin mengikuti seminar keusahawanan dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan motivasi.
7. Berwawasan jauh
- Sebagai usahawan yang berwawasan jauh, beliau sentiasa mencari rakan kongsi baharu sambil melihat peluang niaga.
- Beliau merancang untuk menubuhkan kolej swasta sendiri yang berorientasikan keusahawanan.
8. Mempunyai daya ingatan yang kuat
- Datuk Dolhi masih mengingati lagu-lagu Jepun semasa zaman persekolahannya dahulu.
Novel Sutera Dalam Lukisan
1. Bertanggungjawab
- Bujei mencuba untuk menyelamatkan ibunya daripada kebakaran di rumahnya, tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dihalang oleh orang ramai.
2. Berani
- Bujei dengan berani menerkam bapa tirinya, Harun kerana ingin membela ibunya, Fatimah yang diterajang sehingga pengsan.
3. Suka berangan-angan
- Bujei suka berangan-angan agar dia berubah suatu hari nanti, hidup senang, bekerja, dan bergaji besar
4. Rajin
- Biasanya pagi-pagi Bujei akan menunggu sesiapa sahaja yang pergi menoreh getah dan berharap mereka akan mempelawanya untuk menolong di kebun semata-mata untuk mendapat upah
5. Mempunyai harga diri
- Ketika Bujei berada di kedai Pak Sulong, Bujei tidak suka meminta-minta daripada pelanggan yang minum di situ kerana dia masih mempunyai harga diri.
6. Merendah diri
- Bujei keberatan untuk berjumpa Adila apabila disuruh oleh Mak Lamah kerana dia merasakan dirinya bodoh, tetapi akhirnya dia memberanikan diri untuk bersemuka dengan Adila
7. Pandai berjimat
- Bujei tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya malah disimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
8. Berbakat dalam bidang nyanyian
- Bujei mendendangkan lagu Bahtera Merdeka semasa majlis perkahwinan Same’ah sehingga memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.
PERINGATAN:
Jawaban bagi genre novel perlu ada pernyataan dan diikuti dengan huraian contoh peristiwa yang berkaitan