Mulai tahun 2011, guru dan pelajar-pelajar dari zon 3 yang melibatkan negeri-negeri Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan akan menggunakan novel Sutera dalam Lukisan, karya Abd. Talib Hassan sebagai novel kedua peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di tingkatan 5, selain novel Renyah, karya Gunawan Mohamad yang sedang digunakan dalam tingkatan 4 tahun ini. Oleh itu, pelajar-pelajar dari zon berkenaan diharap dapat membaca novel kedua tersebut dalam masa cuti sekolah nanti jika berpeluang mendapat novel tersebut yang akan diedarkan melalui skim pinjaman buku teks di sekolah masing-masing, khususnya bagi mereka yang layak menerimanya.
salam.. mcm mane nk buat sinopsis, watak , dll... cikgu sekolah sy arahkan untuk buat folio tentang novel nie dalam masa cuti nie.. sedangkan di kedai tidak keluar lagi buku rujukan tentang novel ini.. harap sangat dapat bantu saya...
BalasPadamckgu sekolah sruh buat sinopsis dan lain2 lagi...tapi bku rujukan msih blum di keluarkan lagi..
BalasPadammcam mne nak buat..????????
hrap dpat bantu sya...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mcm mna nk buat sinopsis novel sutera dalam lukisan ni..bku rjukn x keluar lagi..
BalasPadamtolong larh bntu sy buat snopss sutera dalam lukisan...
BalasPadamsama la mcm kami...cg suh buat folio...
BalasPadambuku rujukan tiada di pasaran lagi...adushh
bez lh novel ni..
BalasPadamNovel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami
konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh
bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau
nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi
sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina,
dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung
malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah
telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik
Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.Hidupnya
keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi
semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah
segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah
kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa
diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan
bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan
terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan
Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha
untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia
mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut
difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut
di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan
Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu
pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada
kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah
menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk
mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei
supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias
sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang
sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula
kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia
normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih
tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan
isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang
keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan
hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana
ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah
sebuah universiti swasta.
MCM MANE NK DAPATKAN NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL NI..BUKU RUJUKAN X KUAR LGI....
BalasPadamthenk 4 spe2 yg shre snopsis bm ney.... may allah bless u....:D Aeinz11@yahoo.com
BalasPadam