Bermula siri pertama ini, tumpuan akan diberikan kepada latihan pengukuhan yang melibatkan soalan-soalan pemahaman KOMSAS yang diuji dalam peperiksaan percubaan SPM dari seluruh negara sebagai panduan untuk menjawab soalan pemahaman dari pelbagai sudut yang berbeza.
Soalan 1 - Negeri Melaka - Set 2
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
(Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh
seseorang?
(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas.
Contoh Jawaban:
(i) Maksud:
- pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun
[Maksimum: 2 markah]
- perlu bekerja kuat /bersungguh-sungguh /kikis sikap malas /
- perlu menjalani kursus / menambahkan pengetahuan
- mencari pengalaman baharu /berkongsi pengalaman orang lain
- belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- mencontohi mereka yang telah berjaya
- belajar daripada kesilapan /kelemahan diri yang lalu
- jangan banyak bersedih / jangan berputus asa /menyerahkan kalah
- berbincang dengan rakan atau keluarga
(iii) Tiga pengajaran dalam seloka.
- Kita hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan masalah
- Kita hendaklah reda menerima apa-apa jua yang ditentukan oleh Allah
- Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan atau menerimyang buruk
- Kita janganlah melakukan sesuatu perbuatan secara bodoh /yang sia-sia / kita hendaklah
bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras
- Kita hendaklah selalu yakin diri terhadap apa-apa yang kita lakukan/ kita hendaklah berani
menghadapi dugaan /tekanan hidup
- Kita janganlah membunuh sesama manusia /hendaklah menyayang sesama manusia
[Maksimum: 3 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan