Isnin, 11 Oktober 2010

NOVEL TERBAHARU ZON 3 TINGKATAN LIMA - 2011

Mulai tahun 2011, guru dan pelajar-pelajar dari zon 3 yang melibatkan negeri-negeri Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan akan menggunakan novel Sutera dalam Lukisan, karya Abd. Talib Hassan sebagai novel kedua peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di tingkatan 5, selain novel Renyah, karya Gunawan Mohamad yang sedang digunakan dalam tingkatan 4 tahun ini. Oleh itu, pelajar-pelajar dari zon berkenaan diharap dapat membaca novel kedua tersebut dalam masa cuti sekolah nanti jika berpeluang mendapat novel tersebut yang akan diedarkan melalui skim pinjaman buku teks di sekolah masing-masing, khususnya bagi mereka yang layak menerimanya.

8 ulasan:

  1. salam.. mcm mane nk buat sinopsis, watak , dll... cikgu sekolah sy arahkan untuk buat folio tentang novel nie dalam masa cuti nie.. sedangkan di kedai tidak keluar lagi buku rujukan tentang novel ini.. harap sangat dapat bantu saya...

    BalasPadam
  2. ckgu sekolah sruh buat sinopsis dan lain2 lagi...tapi bku rujukan msih blum di keluarkan lagi..
    mcam mne nak buat..????????
    hrap dpat bantu sya...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. mcm mna nk buat sinopsis novel sutera dalam lukisan ni..bku rjukn x keluar lagi..

    BalasPadam
  4. tolong larh bntu sy buat snopss sutera dalam lukisan...

    BalasPadam
  5. sama la mcm kami...cg suh buat folio...
    buku rujukan tiada di pasaran lagi...adushh

    BalasPadam
  6. bez lh novel ni..

    Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami
    konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh
    bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau
    nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi
    sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina,
    dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung
    malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah
    telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik
    Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.Hidupnya
    keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi
    semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah
    segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah
    kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa
    diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan
    bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan
    terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan
    Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha
    untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia
    mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut
    difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut
    di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan
    Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu
    pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada
    kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah
    menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk
    mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei
    supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias
    sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang
    sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula
    kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia
    normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih
    tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan
    isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang
    keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan
    hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana
    ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah
    sebuah universiti swasta.

    BalasPadam
  7. MCM MANE NK DAPATKAN NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL NI..BUKU RUJUKAN X KUAR LGI....

    BalasPadam
  8. thenk 4 spe2 yg shre snopsis bm ney.... may allah bless u....:D Aeinz11@yahoo.com

    BalasPadam