
>Daripada:
Hj. Samat b. Buang & keluarga
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
 



 
 
Dewasa ini pelbagai jenis jenayah semakin menular di mana-mana sahaja sehingga sudah sampai ke peringkat mengancam keselamatan awam. Keselamatan awam adalah prasyarat untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat. Kerajaan amat komited untuk membanteras jenayah. Lantaran itu, sejumlah RM3.7 bilion akan diberikan kepada pasukan keselamatan bagi mempertingkatkan kecekapan anggotanya termasuk menyediakan kelengkapan yang moden dan canggih. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010 berkata sejumlah RM1 bilion akan disediakan untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2010 bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melaksanakan langkah mencegah jenayah yang dikenal pasti sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) terpenting negara. Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus termasuk mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010 khasnya yang melibatkan kegiatan jenayah jalanan.
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah e@siswa, Disember 2009
 

WATAK SAMPINGAN DALAM 4 NOVEL 
TINGKATAN 5 MENGIKUT ZON
                         NOVEL JULIA
| Watak sampingan | Huraian | 
| Jun | §    Setiakawan – Jun   sentiasa memberi nasihat dan semangat kepada Julia ketika menghadapi keadaan   kritikal terutama dalam menjalankan perniagaan.. §    Pandai menyimpan rahsia   – Sepanjang tempoh perkenalannya dengan Julia, beliau tidak pernah   memberitahu Julia bahawa beliau sudah memeluk Islam selepas kematian   kakaknya.  §    Bijak dalam merancang   perniagaan – Jun telah merancang untuk mengadakan homestay secara usaha sama dengan syarikat Julia bagi memulihkan   keadaan perniagaan yang ditinggalkan abah Julia semakin merosot. | 
| Pak Cik Khairil | §    Bati hati – Beliau   banyak membantu Julia dan menumpangkan Julia di rumahnya semasa Julia belajar   di Hidayah Islamic College, Perth, Australia. §    Bertanggungjawab – Beliau   telah berusaha untuk mendapatkan maklumat yang lengkap bagi mengesahkan   berita kematian ayah dan mama Julia dan menguruskan kepulangan Julia ke tanah   air. §    Penyayang – Beliau terlalu   mengambil berat dan sayang terhadap anak buahnya, Julia serta sentiasa   memberi nasihat ketika Julia ditimpa masalah. | 
| Datin Maznah | §    Berpandangan jauh – Beliau   mempunyai pandangan jauh terhadap masa depan keluarganya dengan merancang dan   menentukan hala tuju anak-anaknya. §    Taat kepada suaminya –   walaupun beliau tahu suaminya berkahwin lagi sambil memendam perasaan, namun   beliau tetap taat kepada suaminya. §    Bertanggungjawab –   beliau sentiasa mengambil berat terhadap Julia dan adik-adiknya sehingga   sanggup memisahkan Julia daripada kawan-kawan liarnya dengan menghantarnya   belajar ke Australia. | 
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
| Watak sampingan | Contoh huraian | 
| Hayati | §    Anak tunggal yang manja   – Beliau merupakan satu-satunya anak tunggal kepada Datuk Johari dan Datin   Salmah. §    Berkeyakinan tinggi –   beliau kerana sanggup memimpin pertunjukan Orkes Perdana bagi menggantikan   tempat yang sepatutnya dipimpin oleh abangnya, Hilmi. §    Penyayang – Beliau   sangat sayang akan Hilmi serta    mengambil berat terhadap Hilmi. | 
| Encik   Bakar | §    Ahli   muzik yang berbakat – Beliau merupakan seorang ahli muzik yang tersohor   sekali gus merupakan seorang guru, kawan, dan mentua Hilmi. §    Bersifat   ikhlas – beliau sanggup mengajar Hilmi tanpa mengenakan sebarang bayaran dan   membantu Hilmi menggubah lagu dan menulis lirik. §    Baik hati – beliau   pernah mempelawa Hilmi tinggal bersama-sama mereka di rumahnya apabila   masalah yang menimpa Hilmi. | 
| Pak Amat | §  Prihatin – Beliau sangat rapat dengan Hilmi dan prihatin   serta sentiasa bersimpati akan nasib yang menimpa Hilmi. §  Rajin – Beliau pernah bekerja sebagai penyelam   mutiara di Darwin, Australia dan kemudiannya bekerja sebagai tukang masak. §  Taat terhadap majikan – Beliau merupakan seorang   pekerja yang taat terhadap Datuk Johari dan menganggap keluarga Datuk Johari   seperti keluarganya sendiri. | 
PUTERA GUNUNG TAHAN
| Watak sampingan | Contoh huraian | 
| Kusina | §  Taat dan patuh pada perintah – Beliau ialah   pengiring Ratu Bongsu yang sangat mentaati perintahnya serta sama-sama   mempertahankan Gunung Tahan daripada diambil oleh Inggeris. §  Beliau berasal daripada kalangan orang “bunyian”   yang menghilangkan diri dan tinggal di kawasan Gunung Tahan. §  Baik hati – Seorang yang baik hati kerana   membantu Tuan William menunjuk jalan untuk sampai ke puncak Gunung Tahan, di   samping membawa makanan untuk Tuan William. | 
| Tuan William | §  Penyayang – Beliau mempunyai sifat penyayang dan   mengambil berat akan rakannya Tuan Robert dan terus menjejakinya apabila   mendapati rakannya hilang. §  Gigih – Seorang yang gigih dan tidak pernah putus   asa memujuk Ratu Bongsu supaya menyerahkan puncak Gunung Tahan. §  Patuh pada perintah – Tuan William merupakan   seorang yang patuh kepada tuannya dalam menjalankan misi untuk menawan puncak   Gunung Tahan untuk kerajaan Inggeris. | 
| Perempuan tua Melayu | §  Bertanggungjawab – Beliau bertanggungjawab   melahirkan Ratu Bongsu meskipun sewaktu kelahirannya beliau menghadapi   masalah kerana ditinggalkan oleh rakan-rakannya. §  Tegas pendiriannya – Beliau mempunyai pendirian   yang tegas kerana enggan membenarkan Tuan Robert memiliki kulit, kuku, dan   taring harimau putih walaupun Tuan Robert memujuknya berkali-kali. §  Pandai dalam ilmu agama dan ilmu dunia – Beliau   mengajar masyarakat Sakai tentang ilmu agama serta ilmu dunia termasuk   ubat-ubatan. | 
SETEGUH KARANG
| Watak sampingan | Contoh huraian | 
| Kak Nor | §  Baik hati – beliau menawarkan tempat tinggal   kepada Awanis jika Awanis sanggup hidup secara anak beranak dengan keluarganya   sepanjang tempoh praktikalnya di Terengganu . §  Bertanggungjawab – seorang ibu yang   bertanggungjawab serta pandai membahagikan masa antara tugas di pejabat dan   tanggungjawabnya melayan anak-anak di rumah. §  Penyayang – Beliau amat sayang akan suami dan   anak-anaknya kerana masih mampu memasak wlaupun sibuk dengan kerja-kerja di   pejabat. | 
|   Pak Oni | §  Bertanggungjawab – beliau mengambil alih tugas   menjaga Kak Maysarah dan adik-adiknya sejak kematian abah dan mama mereka. §  Penyayang – sebagai bapa saudara kepada Awanis,   beliau sangat sayang akan anak-anak buahnya dan cukup mesra. §  Baik hati dan suka menolong – beliaulah yang   banyak mengambil tahu soal Awanis, Kak Maysarah, dan Anita malah sanggup   memasak untuk menyediakan makanan kepada anak-anak buahnya. | 
| Budi | §  Bertanggungjawab – sebagai buruh asing dari   Indonesia, beliau sanggup berhijrah ke negara orang semata-mata untuk mencari   rezeki bagi menyara keluarganya di kampung. §  Gigih – rajin bekerja memotong buah di ladang   kelapa sawit. §  Setiakawan – beliau sangat baik terhadap Awanis   dan senang menjadi sahabat baik walaupun dalam pertemuan yang singkat. |