Khamis, 15 Julai 2010

CAKNA: SEMPENA ULANG TAHUN PERTAMA

Alhamdulillah, diam tak diam blog saya sudah pun berusia setahun. Pelbagai segmen termasuk KOMSAS, Bahasa, Rencana, Jerayawara Bahasa, Cakna, dan sebagainya menghiasi Wadah Keterampilan Berbahasa sejak memasuki alam maya. Diharapkan bahan paparan di dalam blog ini dapat membantu serta menambahkan pengetahuan khalayak khususnya tentang hal-hal kebahasaan dan KOMSAS. Memandangkan pengalaman saya masih baru khususnya dalam bidang IT, saya sangat mengalu-alukan pandangan dan komentar daripada khalayak bagi menambahkan lagi seri dan input yang berfaedah dan berterusan. Sokongan dan pandangan yang konstruktif amat diperlukan bagi maksud perkongsian ilmu dan pengalaman yang berguna. Walau bagaimanapun disebabkan kekangan waktu, segmen interaktif khususnya melalui sembang maya tidak dapat dilayan dengan sempurna kecuali dalam hal-hal yang tertentu. Insya-Allah segala kelemahan tentang bahan paparan yang terdapat di dalam blog sepanjang tahun lalu akan dibaiki dan diberi nilai tambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Salam hormat daripada saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan