Selasa, 18 Ogos 2009

RENCANA UMUM 9: KEPENTINGAN MEMELIHARA BANGUNAN WARISAN


Rencana ini disiarkan di dalam majalah E@Siswa, oleh Hj. Samat Buang

Tiada siapa dapat menafikan betapa kaya negara kita, Malaysia dengan peninggalan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Hal ini demikian kerana di sini tersimpan pelbagai cerita sejarah dan pelbagai warna yang cukup menarik terutama mereka yang ingin berminat terhadap peninggalan sejarah zaman penjajahan. Dengan kata lain, mereka yang berkunjung ke sini pasti akan terasa suasana bersejarahnya terutama apabila melihat bangunan-bangunan lama serta landskap di setiap negeri. Sekadar menyebut beberapa tempat bersejarah di sini ialah Bangunan Stadthuys di Melaka, Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Lebuh Acheh dan Masjid Melayu Lebuh Acheh di Pulau Pinang, Istana Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan banyak lagi yang masih tersergam kukuh dan ada pula yang menunggu saat-saat keruntuhannya. Kesemua bangunan warisan tersebut perlu dipulihkan kerana mempunyai nilai sejarah yang tinggi, sekali gus memastikan keaslian, integriti yang meliputi warisan ketara seperti bangunan, monumen, serta warisan kebudayaan tak ketara terus terpelihara.

Ikuti selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, Mei 2009


Tiada ulasan:

Catat Ulasan