Sabtu, 22 Ogos 2009

CAKNA: 11 - AHLAN WASAHLAN RAMADAN AL MUBARAK

Alhamdulillah, sekali lagi tahun ini, kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana bulan ini dikatakan sebagai "penghulu segala bulan". Dalam bulan inilah semua umat Islam diwajibkan berpuasa, satu amalan yang tinggi nilainya di sisi Allah swt. Di samping itu dalam bulan Ramadan ada satu malam yang disebut sebagai "Lailatul-Qadr". Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai 1000 bulan(83 tahun), malahan lebih daripada itu. Nabi Muhammad saw. ada menjelaskan "permulaan Ramadan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan, manakala akhir Ramadan merupakan pelepasan dari seksa neraka. Hal ini menunjukkan betapa besarnya rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. SELAMAT BERPUASA DAN REBUTLAH PELUANG DAN TAWARAN BERIKUT:
  • Tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah puasa, tiada hari seindah Jumaat, tiada bulan seindah Ramadan
  • Pesan Jibril a.s. buat Nabi s.a.w. tika hadirnya Ramadan, "Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadan: 1. Mohonlah maaf daripada kedua-dua ibu bapamu, 2. Mohonlah maaf sesama suami dan isteri, 3. Mohonlah maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekelilingmu".
  • Jika harta adalah racun, zakat ialah penawarnya; Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadan pemutihnya; Sambutlah gerbang Ramadan dengan penuh kesucian hati.
  • Jadikan Ramadan sebagai universiti yang mengajar kuliah ibadah, tutorial iman, assignment taqwa, amali Islam, semoga memperoleh ijazah keredaan-Nya.
  • Wahai tetamu Ramadan untukmu rahmat dan maghfirah, air mata taubat, dendangan tadarrus, selimut tarawih dan bantal tahajud, moga mewarisi jannah. Tahniah kerana menjadi tetamu agung Ramadan al mubarak.

HIDUPKAN MALAM-MALAM RAMADAN DENGAN BANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN /BERTADARRUS SEPANJANG BULAN RAMADAN SECARA BERJEMAAH ATAU DENGAN MEMANFAATKAN LAMAN SESAWANG BERIKUT:

http://www.quranexplorer.com/quran/




RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL. SAMA-SAMALAH KITA MEMOHON KEAMPUNAN KE HADRAT ALLAH SWT. SEMPENA RAMADAN TAHUN 1430 INI SEMOGA MEMPEROLEH KESELAMATAN DI DUNIA DAN KESEJAHTERAAN DI AKHIRAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan