Sabtu, 2 Jun 2012

RENCANA 120: RANGSANG BELAJAR MELALUI PEMBELAJARAN MAYA




Sejak kemunculan teknologi internet pada tahun 1993, corak hidup komuniti di seluruh dunia sudah berubah dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi, politik, sosial, dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari semasa ke semasa yang membolehkan maklumat disampaikan secara maya dan merentasi sempadan geografi tanpa had. Dunia pendidikan hari ini juga mengalami perubahan yang positif, selari dengan kemajuan teknologi yang dicapai. Penggunaan Internet telah menukar cara pengajaran konvensional kepada cara pengajaran berasaskan jejaring atau pembelajaran maya (virtual learning). Pengajaran berasaskan jejaring merupakan program pengajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber Jejaring Sedunia (World Wide Web atau WWW) dan mendokong suasana pembelajaran yang bermakna. Dengan kata lain, pembelajaran maya juga sering dikaitkan dengan istilah atau konsep lain seperti e-pembelajaran, pembelajaran atas talian, pembelajaran jarah jauh, pembelajaran berasaskan laman web, dan sebagainya.

Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Rangsang Belajar Melalui Pembelajaran Maya", dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2012. Selamat membaca!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan