Ahad, 1 November 2015

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 12 (TERAKHIR)

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 12 (TERAKHIR)
Anak adalah anugerah Allah SWT. yang tidak ada tolok banding nilainya. Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan. Sekiranya ibu bapa dikurniakan dengan anak pintar, itu merupakan satu 'bonus' yang seharusnya disyukuri, malah mereka tidak seharusnya mendabik dada dengan apa-apa yang diberikan. Bagi kedua-dua ibu bapa, rasa bertuah, dan berbangga sudah tentu dirasai apabila dikurniakan anak yang memiliki kepintaran yang luar biasa. Yang pasti keistimewaan yang diberikan-Nya merupakan satu kurniaan yang tidak harus dipersia-siakan. Walaupun begitu, mereka harus pandai serta tahu bagaimana hendak mengendalikan anak pintar kerana sekiranya tersilap 'percaturan' keistimewaan yang dimiliki tidak akan berkembang.
Kanak-kanak yang pintar dan cemerlang ialah aset negara. Merekalah modal insan negara yang akan menerajui pembangunan negara pada masa depan. Oleh sebab itu, pendidikan awal amat penting bagi melahirkan modal insan yang cerdas minda (IQ tinggi), cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi), cerdas sosial dan fizikal. Lantaran itu, kanak-kanak pintar perlu dikenal pasti seawal mungkin untuk diberikan pendidikan yang bersesuaian dengan ciri-ciri unik agar bakat akademiknya sama-sama berkembang. Oleh itu, bagi mencapai matlamat tersebut semua taska kelolaan kerajaan akan dinaik taraf sebagai Pusat Permata secara berperingkat dalam usaha memberi program pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik dan berkualiti.
*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 5 saya selanjutnya yang berjudul "Program Menggilap Anak-anak Pintar" dalam buku KRU 3.
Gambar hiasan






Tiada ulasan:

Catat Ulasan