BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA:
Apakah perbezaan antara PEDALAMAN dan PENDALAMAN?
Pedalaman bermaksud daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu:...
Ayat contoh:
(i) Dia menjadi orang yang paling berpengaruh di daerah pedalaman.
(ii) Penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah pedalaman.
Manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll).
Ayat contoh: Kerja-kerja pendalaman Sungai Lereh akan dijalankan tidak lama lagi.
Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja.

Rasanya ada banyak lagi perkataan2 yg perlu ditonjolkan untuk membetul dan memurnikan maksudnya.. T-kasih
BalasPadam