Sabtu, 11 Mei 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK WAKUBA, TAWAU









Kali pertama dalam Program Jerayawara Bahasa yang saya kendalikan, saya amat terharu apabila diberi peluang untuk berjerayawara bahasa di SMK Wakuba, Tawau yang serba kekurangan dan tidak pernah saya lalui sepanjang kerjaya dalam profesion keguruan selama lebih tiga dekad. Namun, semangat untuk menimba ilmu daripada kalangan pelajar yang terbabit membuat saya tersentuh hati kerana mereka sanggup mengorbankan masa untuk bersama-sama saya dalam program tersebut. Terima kasih kepada Cikgu Saloma Ambo yang berusaha untuk membawa saya ke sekolahnya. Semoga segala input yang disampaikan dapat membantu kalian dalam meraih kejayaan yang cemerlang dan memperoleh A+ dalam kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan