Sabtu, 31 Julai 2010

TAKLIMAT PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU SPM NEGERI MELAKA







Sekali lagi saya diberi kepercayaan oleh pihak Jabatan Pelajaran Melaka untuk menyampaikan taklimat dalam Program Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Bahasa Melayu SPM Negeri Melaka bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Setiap sekolah diwakili oleh dua orang guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan tingkatan 5. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua guru yang terbabit, sekali gus dapat membantu pelajar di sekolah masing-masing. Antara objektif utama program tersebut adalah seperti berikut:

(i) meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian dan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu SPM,
(ii) menetapkan hala tuju dan landasan yang jelas kepada guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di tingkatan lima,
(iii) memastikan guru-guru memahami dan menghayati sasaran dan prestasi dalam Q-Net, dan
(iv) mewujudkan persaingan yang sihat antara daerah.

Majlis penutup program tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Rahman b. Abdul Majid, Ketua Sektor Jaminan Kualiti yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan