Selasa, 8 Jun 2010

SEGMEN BAHASA 19: BENTUK SOALAN EJAAN & IMBUHAN



Salah satu bentuk soalan yang diuji dalam Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) termasuk aspek pengetahuan bahasa dan kemahiran tatabahasa. Pada keseluruhannya, terdapat lima bahagian kecil aspek pengetahuan bahasa dan kemahiran tatabahasa yang diuji dalam soalan nombor tiga. Antara aspek pengetahuan bahasa dan kemahiran tatabahasa yang dimaksudkan terdiri daripada aspek morfologi, sintaksis, sistem ejaan dan kesalahan bahasa, kosa kata dan istilah, serta peribahasa. Jumlah markah keseluruhan yang diperuntukkan untuk soalan nombor 2 kertas tersebut terdiri daripada 30 markah, iaitu 6 markah bagi setiap bahagian.

Fokus perbincangan dalam rencana kali ini tertumpu pada aspek kesalahan ejaan dan imbuhan. Prinsip “membiasakan yang betul” dan “membetulkan yang biasa” merupakan dua perkara yang berbeza. Sama ada kita sedar atau tidak bahawa untuk “membetulkan yang biasa” bukanlah suatu perkara yang mudah. Dengan kata lain, sebagai pengguna bahasa, kita seharusnya menutur atau menggunakan bahasa dengan betul mengikut peraturan atau hukum bahasa yang sedia ada meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Peraturan itulah yang akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan, atau sebaliknya. Oleh sebab kejahilan terhadap sistem bahasa, tidak hairanlah wujudnya fenomena kerancuan bahasa yang berleluasa di kalangan masyarakat hari ini. Lantaran itu, dengan ada bentuk soalan yang menguji aspek penggunaan imbuhan dan sistem ejaan yang betul, secara tidak langsung kita akan dapat melahirkan generasi pelajar yang benar-benar dapat merealisasikan prinsip “membiasakan yang betul”. Dengan kata lain, murid akan cuba sedaya upaya membiasakan diri mereka dengan menggunakan sistem bahasa yang betul.


Ikuti rencana selanjutnya di dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan