Jumaat, 7 Mei 2010

RENCANA UMUM 26: GURU: ANTARA PERANAN DAN INSENTIF

Guru merupakan antara profesion yang paling tua di dunia. Guru merupakan aset terpenting dalam dunia pendidikan hari ini. Mereka boleh dianggap wira negara dalam menentukan hala tuju pendidikan dan kemajuan rakyat khususnya kepada para pelajar. Tanpa guru, tidak akan ada doktor, jurutera, peguam, saintis, tokoh korporat yang kesemuanya menjadi pemangkin pembangunan di sesebuah negara. Gurulah yang mendidik kita untuk membezakan antara jahil dan berilmu. Jika tidak, alif pun disangka batang kayu. Pada zaman dahulu, apabila disebut sahaja profesion perguruan semua orang hormat. Murid-murid tidak berani membantah jauh sekali melawan guru atau menyingsing lengan. Zaman sudah berubah dan profesion perguruan satu ketika dahulu melambangkan status yang tinggi dalam masyarakat, tetapi kini menjadi antara pilihan terakhir dalam senarai pemohon. Walau apa-apa pun tanggapan umum tentang profesion perguruan, peranan yang dimainkan oleh para guru sejak zaman sebelum merdeka sehingga sekarang masih amat signifikan dalam apa-apa jua keadaan, suasana, dan tempat. Dengan kata lain, guru tetap setia dan masih berperanan mencurahkan ilmu dan menggilap pekerti anak didiknya, meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, harapan, dan kemungkinan termasuk pengiktirafan.

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Mei 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan