Jumaat, 22 Januari 2010

ULASAN KOMSAS 8: SINOPSIS BAB 2 - NOVEL BUKAN DUNIAKU


Bab 2 – Diganggu Rindu

Setelah menyediakan bungkusan makanan untuk Halim dan rakan-rakannya, Abang Joe keluar menguruskan pekerjaannya. Sebenarnya Halim sudah mengetahui setiap pergerakan yang dijalankan oleh Abang Joe. Dia dianggap sebagai seorang pengedar dadah yang utama kepada penagih-penagih yang berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur. Halim dan rakan-rakannya terus tinggal di pondok usang yang dikawal rapi oleh beberapa orang bawah Abang Joe. Halim cuba memerhatikan di sekeliling pondok dan berazam untuk melepaskan dirinya daripada perangkap tersebut dan pulang ke rumah. Sambil leka mengenang kembali kehidupannya yang selesa, tiba-tiba Halim tertidur dan bermimpi seolah-olah dia berada di rumahnya sendiri. Dia seolah-olah sempat berhadapan dengan ibu bapanya tetapi segala-galanya hanya sekadar mimpi semata-mata. Rupa-rupanya dia masih bersama-sama rakannya yang lain termasuk Saleh yang terjaga daripada tidur. Oleh sebab mereka tidak dapat melelapkan mata, Salleh mula menceritakan kisah bagaimana dia berada di bawah kongkongan Abang Joe walaupun sudah sebulan Halim bersama-samanya di situ.

14 ulasan:

  1. boleh x senaraikn name stiap bab je...

    BalasPadam
  2. lagi bagus kalau ada semua bab....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nape cikgu srh wat kerja rmh sinopsis ke

      Padam
    2. nk suruh pandai

      Padam
  3. seronokkan jika ada semua bab

    BalasPadam
  4. tau x pe..
    mes3 lagi bes..

    BalasPadam
  5. saya rasa lebih baik awk balik rumah minum kopi je

    BalasPadam
  6. cepatlahh sikit buat sinopsis bukan duniaku bab 2 sampai 10....
    dh x sabar nie...

    BalasPadam
  7. bleh masukkan x bab 7 smpai 10???????

    BalasPadam
  8. sinopsis bab 3 smpai 10 xde ka?..

    BalasPadam
  9. sinopsis bab 3 x de ke?????

    BalasPadam
  10. Bab 3 hgga 10 x de ke?

    BalasPadam
  11. Banyaknya kerja skolah

    BalasPadam