Rumah merupakan aset terpenting bagi setiap rakyat sama ada golongan yang berpendapatan rendah mahupun golongan yang mampu memiliki rumah yang mewah. Perumahan yang selesa pada harga yang berpatutan walaupun di mana-mana sahaja kita berada, memang merupakan satu keperluan asasi, lebih-lebih lagi disebabkan proses perbandaran masa kini. Lazimnya, nilai rumah bukan sahaja terus meningkat dalam jangka panjang, bahkan rumah merupakan jaminan kesejahteraan masa hadapan. Sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat dibelanjakan untuk bayaran bulanan pinjaman perumahan, khususnya golongan berpendapatan rendah. Bagi meringankan beban ini, kerajaan akan membantu golongan berpendapatan rendah menikmati taraf hidup yang lebih selesa ialah dengan menyediakan perumahan mampu milik yang mencukupi dan selesa untuk didiami. Bagaikan tidak percaya, tetapi telah menjadi kenyataan. Pada 11 Julai 2009, sempena genap 100 hari pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, beliau mengumumkan beberapa hadiah untuk rakyat. Salah satu hadiah itu termasuk pemilikan rumah. Beliau mahu penduduk miskin juga mendapat peluang memiliki rumah sendiri di bawah konsep Satu Keluarga Satu Rumah. Hal ini membuktikan pembaharuan dan transformasi dalam pentadbiran kerajaan dilakukan dengan bersungguh-sungguh, serta bukan cakap-cakap kosong sekadar untuk menyedapkan hati rakyat. Apa-apa yang dijanjikan, mesti dikotakan.
Ikuti rencana umum saya selanjutnya di dalam majalah Fokus SPM, Januari 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan