KOMSAS 16: ULASAN SOALAN KOMSAS PMR 2009
Kertas Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah 200
9 telah pun selesai dan masih mengekalkan format pentaksiran yang sama. Selain soalan berkaitan kemahiran bahasa terdapat juga soalan pemahaman KOMSAS yang turut diuji dalam kertas Bahasa Melayu 1 (02/1) dan 2 (02/2). Soalan pemahaman KOMSAS yang diuji dalam kertas Bahasa Melayu 1 terdiri daripada soalan petikan genre prosa (soalan nombor 31 – 35) dan soalan petikan genre puisi (soalan nombor 36 – 40). Manakala, soalan KOMSAS dalam kertas Bahasa Melayu 2 terdiri daripada soalan genre novel khususnya dalam bahagian D yang memperuntukkan sebanyak 10 markah. Oleh itu, fokus perbincangan dalam makalah kali ini tertumpu pada ulasan bentuk soalan KOMSAS yang diuji dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu peringkat PMR secara ringkas. Ikuti tulisan saya di dalam majalah Dewan Siswa, Disember 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan