KaryaNet ialah portal penerbitan dalam talian bagi meningkatkan mutu dan bilangan penerbitan ilmiah, serta bahan rujukan dalam bahasa Melayu. Sasaran KaryaNet ialahpengguna yang ingin mendapatkan bahan ilmiah dan rujukan dalam bahasa Melayu, serta mereka yang ingin mendalami bahasa tersebut. Hal tersebut dapat direalisasikan dengan adanya pelbagai laman carian lain yang terdiri daripada Istilah, Kamus Komputer, Kamus Pelajar, Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan, Peribahasa Sekolah Menengah, dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. KaryaNet turut menyediakan kemudahan berkarya, penerbitan, dan penjualan bahan-bahan terbitan melalui internet. Hakikatnya, baan dalam talian dapat digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pemelajaran bahasa. Seperti Tesaurus Umum Bahasa Melayu, Kamus Pelajar atau Kamus Dewan, edisi ketiga, yang terdapat dalam laman Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama IGD Hitech Corporation (IGD) menerusi portal KaryaNet, iaitu http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=lamanutama dapat juga digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pemelajaran bahasa. Namun demikian, tidak banyak guru atau pelajar yang menyedari wujudnya kemudahan tersebut, sekali gus memanfaatkannya dalam konteks pengajaran dan pemelajaran di kelas.
Ikuti tulisan saya selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, November 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan