WATAK SAMPINGAN DALAM 4 NOVEL
TINGKATAN 5 MENGIKUT ZON
NOVEL JULIA
Watak sampingan | Huraian |
Jun | § Setiakawan – Jun sentiasa memberi nasihat dan semangat kepada Julia ketika menghadapi keadaan kritikal terutama dalam menjalankan perniagaan.. § Pandai menyimpan rahsia – Sepanjang tempoh perkenalannya dengan Julia, beliau tidak pernah memberitahu Julia bahawa beliau sudah memeluk Islam selepas kematian kakaknya. § Bijak dalam merancang perniagaan – Jun telah merancang untuk mengadakan homestay secara usaha sama dengan syarikat Julia bagi memulihkan keadaan perniagaan yang ditinggalkan abah Julia semakin merosot. |
Pak Cik Khairil | § Bati hati – Beliau banyak membantu Julia dan menumpangkan Julia di rumahnya semasa Julia belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia. § Bertanggungjawab – Beliau telah berusaha untuk mendapatkan maklumat yang lengkap bagi mengesahkan berita kematian ayah dan mama Julia dan menguruskan kepulangan Julia ke tanah air. § Penyayang – Beliau terlalu mengambil berat dan sayang terhadap anak buahnya, Julia serta sentiasa memberi nasihat ketika Julia ditimpa masalah. |
Datin Maznah | § Berpandangan jauh – Beliau mempunyai pandangan jauh terhadap masa depan keluarganya dengan merancang dan menentukan hala tuju anak-anaknya. § Taat kepada suaminya – walaupun beliau tahu suaminya berkahwin lagi sambil memendam perasaan, namun beliau tetap taat kepada suaminya. § Bertanggungjawab – beliau sentiasa mengambil berat terhadap Julia dan adik-adiknya sehingga sanggup memisahkan Julia daripada kawan-kawan liarnya dengan menghantarnya belajar ke Australia. |
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Watak sampingan | Contoh huraian |
Hayati | § Anak tunggal yang manja – Beliau merupakan satu-satunya anak tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. § Berkeyakinan tinggi – beliau kerana sanggup memimpin pertunjukan Orkes Perdana bagi menggantikan tempat yang sepatutnya dipimpin oleh abangnya, Hilmi. § Penyayang – Beliau sangat sayang akan Hilmi serta mengambil berat terhadap Hilmi. |
Encik Bakar | § Ahli muzik yang berbakat – Beliau merupakan seorang ahli muzik yang tersohor sekali gus merupakan seorang guru, kawan, dan mentua Hilmi. § Bersifat ikhlas – beliau sanggup mengajar Hilmi tanpa mengenakan sebarang bayaran dan membantu Hilmi menggubah lagu dan menulis lirik. § Baik hati – beliau pernah mempelawa Hilmi tinggal bersama-sama mereka di rumahnya apabila masalah yang menimpa Hilmi. |
Pak Amat | § Prihatin – Beliau sangat rapat dengan Hilmi dan prihatin serta sentiasa bersimpati akan nasib yang menimpa Hilmi. § Rajin – Beliau pernah bekerja sebagai penyelam mutiara di Darwin, Australia dan kemudiannya bekerja sebagai tukang masak. § Taat terhadap majikan – Beliau merupakan seorang pekerja yang taat terhadap Datuk Johari dan menganggap keluarga Datuk Johari seperti keluarganya sendiri. |
PUTERA GUNUNG TAHAN
Watak sampingan | Contoh huraian |
Kusina | § Taat dan patuh pada perintah – Beliau ialah pengiring Ratu Bongsu yang sangat mentaati perintahnya serta sama-sama mempertahankan Gunung Tahan daripada diambil oleh Inggeris. § Beliau berasal daripada kalangan orang “bunyian” yang menghilangkan diri dan tinggal di kawasan Gunung Tahan. § Baik hati – Seorang yang baik hati kerana membantu Tuan William menunjuk jalan untuk sampai ke puncak Gunung Tahan, di samping membawa makanan untuk Tuan William. |
Tuan William | § Penyayang – Beliau mempunyai sifat penyayang dan mengambil berat akan rakannya Tuan Robert dan terus menjejakinya apabila mendapati rakannya hilang. § Gigih – Seorang yang gigih dan tidak pernah putus asa memujuk Ratu Bongsu supaya menyerahkan puncak Gunung Tahan. § Patuh pada perintah – Tuan William merupakan seorang yang patuh kepada tuannya dalam menjalankan misi untuk menawan puncak Gunung Tahan untuk kerajaan Inggeris. |
Perempuan tua Melayu | § Bertanggungjawab – Beliau bertanggungjawab melahirkan Ratu Bongsu meskipun sewaktu kelahirannya beliau menghadapi masalah kerana ditinggalkan oleh rakan-rakannya. § Tegas pendiriannya – Beliau mempunyai pendirian yang tegas kerana enggan membenarkan Tuan Robert memiliki kulit, kuku, dan taring harimau putih walaupun Tuan Robert memujuknya berkali-kali. § Pandai dalam ilmu agama dan ilmu dunia – Beliau mengajar masyarakat Sakai tentang ilmu agama serta ilmu dunia termasuk ubat-ubatan. |
SETEGUH KARANG
Watak sampingan | Contoh huraian |
Kak Nor | § Baik hati – beliau menawarkan tempat tinggal kepada Awanis jika Awanis sanggup hidup secara anak beranak dengan keluarganya sepanjang tempoh praktikalnya di Terengganu . § Bertanggungjawab – seorang ibu yang bertanggungjawab serta pandai membahagikan masa antara tugas di pejabat dan tanggungjawabnya melayan anak-anak di rumah. § Penyayang – Beliau amat sayang akan suami dan anak-anaknya kerana masih mampu memasak wlaupun sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. |
Pak Oni | § Bertanggungjawab – beliau mengambil alih tugas menjaga Kak Maysarah dan adik-adiknya sejak kematian abah dan mama mereka. § Penyayang – sebagai bapa saudara kepada Awanis, beliau sangat sayang akan anak-anak buahnya dan cukup mesra. § Baik hati dan suka menolong – beliaulah yang banyak mengambil tahu soal Awanis, Kak Maysarah, dan Anita malah sanggup memasak untuk menyediakan makanan kepada anak-anak buahnya. |
Budi | § Bertanggungjawab – sebagai buruh asing dari Indonesia, beliau sanggup berhijrah ke negara orang semata-mata untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya di kampung. § Gigih – rajin bekerja memotong buah di ladang kelapa sawit. § Setiakawan – beliau sangat baik terhadap Awanis dan senang menjadi sahabat baik walaupun dalam pertemuan yang singkat. |
KAlau boleh masuka maklumat yg legkat tentang sesuatu novel !!!!!!! ^^
BalasPadamkalau blh jgk...msukkan la novel yg trbru bg taun 2011...
BalasPadam