Sabtu, 7 November 2009

JERAYAWARA BAHASA 17: PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (JKM)



Peperiksaan SPM semakin hampir dan kini tinggal hanya 10 hari lagi bagi bakal calon di seluruh negara yang akan menghadapi peperiksaan tersebut. Pelbagai usaha telah dijalankan di pihak sekolah, daerah, dan negeri bagi memastikan para pelajar benar-benar bersedia sebelum memasuki dewan peperiksaan. Malah, sehingga saat terakhir seperti ini masih lagi ada pihak yang berusaha untuk membantu pelajar dengan pelbagai aktiviti motivasi dan pendedahan teknik menjawab soalan.

Hari ini saya diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan kumpulan pelajar dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak yang dianjurkan oleh pihak KEMAS negeri Melaka untuk program pecutan terakhir bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka jam 11.00 pagi. Sebanyak 100 lebih pelajar terpilih dari daerah Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah, dan Melaka Tengah telah dibawa ke kompleks tersebut untuk selama 2 hari 1 malam. Beberapa siri ceramah motivasi dan teknik menjawab soalan diatur oleh pihak pengurusan Insan HRD Consultancy, yang diterajui oleh Encik Nordin bin Kamsin. Meskipun, peperiksaan SPM semakin hampir, namun semangat mereka untuk terus menimba ilmu tidak ada titik noktah. Mudah-mudahan semangat dan usaha mereka diberkati dan mampu memperoleh kejayaan cemerlang.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    saya nur adila ,pelajar sma al-ehya el-karim..
    mengucapkan terima kasih kerana memberi input yang bagus untuk kertas spm bm 2009 ini..
    bengkelnya pun tidak memboringkan..
    tahniah kepada cikgu..
    semoga usaha cikgu dibalas olehNya yang Esa..
    Amin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...lega dan hilang rasa penat saya apabila dapat memberi sesuatu kepada pelajar yang tahu menilai keberkesanan bahan dan kesan ceramah yang disampaikan. Mudah-mudahan dapat menjadi suntikan semangat untuk tingkatkan usaha dan komitmen terhadap peperiksaan yang bakal dihadapi kelak. Semoga berjaya dengan cemerlang.

    BalasPadam