Ahad, 5 November 2017

Pada saat menjelang peperiksaan SPM mulai esok, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pengetua, GKMP, Ketua Panitia, guru-guru Bahasa Melayu dari hampir 70 buah sekolah di seluruh negara kerana memberikan ruang dan peluang untuk saya berjerayawara di sekolah tuan/puan. Semoga segala input dan petua yang disampaikan dapat menyuntik semangat kepada semua bakal calon SPM, sekali gus meningkatkan peratus prestasi mata pelajaran Bahasa ...Melayu di peringkat sekolah masing-masing. Saya turut berdoa semoga semua murid yang sempat bersama-sama saya dalam program jerayawara yang lalu dapat menjawab kertas Bahasa Melayu dengan tenang dan tepat menurut skema yang ditetapkan serta memperoleh kejayaan cemerlang A+. Terima kasih juga kepada semua guru dan murid yang turut membeli buku-buku KRU 📚 saya sama ada semasa ceramah atau melalui pos.📮📦🚚💨☝️☝️Semoga berjumpa lagi pada sesi jerayawara 2018.😊
Alhamdulillah.. akhir kata terimalah buah tangan daripada saya🍈🍇🍒🍓 sebagai bekal ke dalam dewan peperiksaan kelak:
Seperti yang dijanjikan dalam setiap sesi program jerayawara bahasa di seluruh negara saya akan menyenaraikan tip untuk panduan para pelajar dalam tempoh kira detik 12 hari terakhir menjelang peperiksaan sebagai pecutan terakhir. Jika keluar anggaplah sebagai kebetulan dan mungkin rezeki anda kali ini.
FOKUS KERTAS BM 2:
Soalan 2b - (Prosa Moden):
1. Drama - Berkhidmat untuk negara (SR)
2. Drama - Bukan Gila (JKKDI)
3. Cerpen - Munsyi (JKKDI)
Soalan 2c - Prosa Klasik:
1. Burung Terbang Dipipiskan Lada (SR)
2. Kepimpinan Melalui Teladan (JKKDI)
Soalan 2d - Puisi:
1. Sajak 'Aku Membaca Lagi' (JKKDI)
2. Sajak 'Gelanggang' (JKKDI)
3. Syair Bidasari (JKKDI)
Soalan 3 - Pengetahuan & Kem. Bhs:
3b - 1. Jenis-jenis Ayat (AP, AT, AS, AP)
2. Ayat pasif kepada ayat aktif atau Ayat aktif kepada ayat pasif.
Soalan 4:
1. Perwatakan - satu watak sampingan.
2. Persoalan - kegigihan dll.
3. Pertentangan antara watak.
4. Latar tempat /masyarakat
5. Nilai kemasyarakatan.
FOKUS KERTAS BM 1 - KARANGAN.
Setakat ini seperti yang saya senaraikan dalam grup PEMINAT SETIA BUKU KRU dan grup PROGRAM JERAYAWARA BAHASA atau blog saya sudah ada 12 isu yang perlu difokuskan sebagai bekalan ke dalam dewan peperiksaan
ISU-ISU YANG PERLU DIFOKUSKAN:
1. Permainan tradisional.
2. Amalan @ budaya membaca.
3. Semangat kejiranan.
4. Media sosial - kepentingan, faktor atau kesan.
5. Pengangkutan awam.
6. Kes buli - faktor, kesan/ langkah
7. Ponteng sekolah
8. Golongan OKU @ masyarakat penyayang - Peranan / sumbangan / langkah
9. Telefon bimbit
10. Sektor pelancongan
11. Menangani gejala merokok
12. Jenayah Rasuah / Siber / Penculikan Kanak-kanak / Jenayah Berat


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2017!!!

Sabtu, 4 November 2017

RUMUSAN BAGI KERTAS 1 DAN 2 - BUAH TANGAN MENJELANG PEPERIKSAAN SPM 2017

Alhamdulillah..buah tangan daripada saya🍈🍇🍒🍓:
Seperti yang dijanjikan dalam setiap sesi program jerayawara bahasa di seluruh negara saya akan menyenaraikan tip untuk panduan para pelajar dalam tempoh kira detik 12 hari terakhir menjelang peperiksaan sebagai pecutan terakhir. Jika keluar anggaplah sebagai kebetulan dan mungkin rezeki anda kali ini.
FOKUS KERTAS BM 2:
...
Soalan 2b - (Prosa Moden):
1. Drama - Berkhidmat untuk negara (SR)
2. Drama - Bukan Gila (JKKDI)
3. Cerpen - Munsyi (JKKDI)
Soalan 2c - Prosa Klasik:
1. Burung Terbang Dipipiskan Lada (SR)
2. Kepimpinan Melalui Teladan (JKKDI)
Soalan 2d - Puisi:
1. Sajak 'Aku Membaca Lagi' (JKKDI)
2. Sajak 'Gelanggang' (JKKDI)
3. Syair Bidasari (JKKDI)
Soalan 3 - Pengetahuan & Kem. Bhs:
3b - 1. Jenis-jenis Ayat (AP, AT, AS, AP)
2. Ayat pasif kepada ayat aktif atau Ayat aktif kepada ayat pasif.
Soalan 4:
1. Perwatakan - satu watak sampingan.
2. Persoalan - kegigihan dll.
3. Pertentangan antara watak.
4. Latar tempat /masyarakat
5. Nilai kemasyarakatan.
FOKUS KERTAS BM 1 - KARANGAN.
Setakat ini seperti yang saya senaraikan dalam grup PEMINAT SETIA BUKU KRU dan grup PROGRAM JERAYAWARA BAHASA atau blog saya sudah ada 12 isu yang perlu difokuskan sebagai bekalan ke dalam dewan peperiksaan
ISU-ISU YANG PERLU DIFOKUSKAN:
1. Permainan tradisional.
2. Amalan @ budaya membaca.
3. Semangat kejiranan.
4. Media sosial - kepentingan, faktor atau kesan.
5. Pengangkutan awam.
6. Kes buli - faktor, kesan/ langkah
7. Ponteng sekolah
8. Golongan OKU @ masyarakat penyayang - Peranan / sumbangan / langkah
9. Telefon bimbit
10. Sektor pelancongan
11. Menangani gejala merokok
12. Jenayah Rasuah / Siber / Penculikan Kanak-kanak / Jenayah Berat

ISU KARANGAN KE-12 YANG PERLU DIFOKUSKAN (ISU TERAKHIR)

ISU KARANGAN KE-12 YANG PERLU DIFOKUSKAN: (ISU TERAKHIR)
Belakangan ini fenomena tentang gejala rasuah semakin mendapat tempat untuk dibincangkan oleh pelbagai pihak di negara ini. Semua negara di dunia tidak terkecuali dalam masalah rasuah. Rasuah bukan sahaja melanda negara-negara miskin, tetapi juga negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain. Di sesetengah negara, gejala rasuah menjadi begitu serius dan diisytiharkan sebagai musuh utama berkenaan. Kita dapat m...enyaksikan kerajaan di beberapa negara tumbang, kerana
rasuah sudah berakar umbi dalam pentadbiran kerajaan, sehingga menggugat pemerintahan. Di sesetengah negara pula, kemiskinan dan kemunduran mendorong rakyat, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin negara itu melakukan rasuah. Lantaran itu, usaha yang serius haruslah diambil bagi menangani jenayah rasuah yang semakin menjadi barah dalam masyarakat.

Perbincangan selanjutnya haruslah tertumpu pada:
1. Faktor-faktor tarikan terhadap gelaja rasuah.
2. Usaha-usaha menangani gejala rasuah.
3. Kesan-kesan rasuah kepada negara.
Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel saya yang berjudul:
1. Artikel 24 -"Memerangi Jenayah Rasuah" dalam buku KRU 1.
2. Artikel 18 - "Persimpangan Antara Integriti dengan Rasuah" dalam buku KRU 7.






ISU KARANGAN KE-11 YANG PERLU DIFOKUSKAN

ISU KARANGAN KE-11 YANG PERLU DIFOKUSKAN:

Umum mengakui merokok merupakan tabiat tidak sihat yang membawa banyak keburukan bukan sahaja kepada perokok terbabit, bahkan orang sekitarnya. Begitu pun, masih banyak yang gagal membuang ketagihan merokok. Jumlah perokok di negara kita secara kasar ialah enam juta orang dengan lapan peratus daripadanya adalah perokok wanita. Sebelum ini hanya empat peratus sahaja, tetapi kebelakangan ini trend perokok wanita meningkat 100 peratus. ...Pelbagai pendekatan, khususnya kaedah perundangan dan pendidikan kesihatan yang menyasarkan para perokok, telah dijalankan sejak dua dekad yang lalu dengan harapan agar golongan ini meninggalkan tabiat mereka. Namun, kadar merokok semakin meningkat dengan penglibatan wanita dan remaja pula. Hal ini adalah hasil daripada kejayaan taktik promosi oleh syarikat-syarikat tembakau untuk memperluas jaringan pasaran masing-masing demi keuntungan yang lumayan.
Barangkali sempena Minggu Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap tahun pada 31 Mei sehingga 6 Jun ini merupakan waktu terbaik bagi kita memahami polemik gejala merokok dalam kalangan remaja. Seterusnya kita boleh mengatur strategi dan pelan tindakan yang komprehensif bagi menyedarkan murid sekolah dan remaja untuk berhenti merokok. Sebenarnya wujud salah faham dan pandangan yang kurang tepat kepada perokok dan alasan mereka merokok. Persepsi yang salah mengenai perokok termasuk merokok untuk menunjukkan kematangan; remaja tidak boleh merokok tetapi orang dewasa boleh; perbuatan merokok merupakan budaya golongan kelas bawahan; semua perokok tidak pernah terlintas untuk berhenti merokok dan semua perokok tahu implikasi negatif perbuatan merokok terhadap kesihatan. Lima perspektif ini berada dalam kebanyakan masyarakat yang akhirnya memberi natijah segala usaha pembanterasan amalan merokok gagal. Pada hal pelbagai cogan kata yang berbentuk ancaman, nasihat dan pujukan yang dicipta tentang bahayanya merokok ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bolehlah dikatakan bahawa masyarakat tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengatakan yang mereka tidak tahu akan maklumat berkaitan dengan bahaya merokok. Tak kira sama ada langkah untuk berhenti, mengurangkan mahupun mengelak daripada terjebak, semuanya telah lengkap dipaparkan sebagai ingatan.
Perbincangan selanjutnya baruslah tertumpu pada:
1. Faktor-faktor penyumbang kepada gejala merokok dalam kalangan remaja.
2. Langkah-langkah menangani gejala merokok.
Untuk bacaan tambahan, sila rujuk artikel saya yang berikut:
1. Artikel 24 - Menangani Gejala Merokok dalam Kalangan Remaja dalam buku KRU 3.


ISU KARANGAN KE-10 YANG PERLU DIFOKUSKAN


ISU KARANGAN KE-10 YANG PERLU DIFOKUSKAN:

Negara kita memang cukup sudah terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, makanan, flora dan fauna, dan sebagainya. Tidak cukup sekadar itu, Malaysia juga tersohor dengan pelbagai tempat menarik, bersejarah, dan moden serta pulau-pulau yang bersih lagi indah. Kelebihan inilah yang menyebabkan Malaysia merupakan antara 10 negara yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong di serata dunia. Oleh itu, kerajaan sentiasa meningkatkan momentum pertumbuhan industri pelancongan negara menerusi kempen promosi Tahun Melawat Malaysia, pelbagai festival kesenian dan makanan, Kempen Jualan Hujung Tahun, dan sebagainya sama ada di peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukan hanya digalas oleh kementerian semata-mata, sebaliknya oleh semua agensi pelancongan negeri dan swasta, serta semua rakyat Malaysia secara tidak langsung menjadi duta pelancong. Dengan kata lain, sektor pelancongan memang mempunyai tarikan tersendiri, di samping mencari dan mengekalkan formula bagi merancakkan sektor pelancongan negara.

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk artikel saya yang berikut:
1. Artikel 16 - "Sektor Pelancongan: Antara Kejayaan dan Cabaran" dalam buku KRU 3.
2. Artikel 20 - "Formula Merancakkan Sektor Pelancongan Negara" dalam buku KRU 6


Khamis, 2 November 2017

ISU KARANGAN KE-9 YANG PERLU DIFOKUSKAN

ISU KARANGAN KE-9 YANG PERLU DIFOKUSKAN
Suatu masa dahulu telefon bimbit memang merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia untuk terus beinteraksi. Walaupun ketika itu kebanyakan telefon bimbit masih tidak begitu canggih seperti hari ini, tetapi keperluannya melebihi segala-galanya. Telefon bimbit kini dapat berfungsi sebagai pembantu peribadi, mendapatkan hiburan, lambang status, dan yang paling utama ialah menjadi pendorong manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak... terbatas. Urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan, memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar atau menerima e-mel dan pesanan teks, semuanya boleh dibuat melalui telefon bimbit.
Walaupun pada mulanya kehadiran teknologi telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai telefon selular dianggap sebagai barang mahal yang dapat dimiliki oleh mereka yang mampu sahaja. Tetapi, kini semua orang dapat memiliki telefon bimbit kerana harganya yang berpatutan. Mengikut syarikat penyelidik ABI Research's Mobile Devices Research Service, sejumlah 900 juta telefon bimbit telah dipasarkan pada 2006. Pada September 2005 industri telefon bimbit telah mencatat pelanggannya yang ke-2 bilion. Reka cipta telefon bimbit kian menarik dan anggun, golongan yang mampu akan tetap terpikat dengan kemudahan ini. Tegasnya, telefon bimbit kini lebih merupakan keperluan dan bukan lagi untuk bergaya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai peranan dan sumbangannya dalam kehidupan kita seharian. Melaluinya kita dapat memperoleh maklumat, berita terkini, ilmu, gambar, data, menonton televisyen, mendengar radio, mengirim, dan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan mudah dan pantas.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 18 selanjutnya yang berjudul "Telefon Bimbit: Antara Keperluan dan Gaya Hidup" dalam buku KRU 3.
Gambar hiasan.



ISU KARANGAN KE-8 YANG PERLU DIFOKUSKAN

ISU KARANGAN KE-8 YANG DIFOKUSKAN
Dalam masyarakat Malaysia, individu istimewa itu lebih merujuk kepada individu yang berbeza daripada individu atau orang lain yang normal. Dalam erti kata lain, individu istimewa ialah mereka yang mempunyai kecacatan atau yang tidak memiliki keupayaan secara normal seperti individu normal lain. Atas sebab ini jugalah mereka itu digolongkan dalam kategori orang kurang upaya (OKU) atau juga sebagai orang kelainan upaya. Golongan OKU adalah se...bahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai hak sama rata dan tidak sesekali dilihat sebagai golongan yang lemah. Secara ringkasnya, individu dengan ketidakupayaan didefinisikan sebagai kategori individu yang mempunyai masalah dari segi pembelajaran, emosi dan tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisme, pintar cerdas atau berbakat dan juga masalah yang berkaitan fungsi kognitif. Berdasarkan kepada definisi tersebut, terdapat pelbagai kategori OKU dan pengelasan mereka adalah berdasarkan pada kelainan dalam keupayaan atau ketidakupayaan mereka.
Seperti manusia normal, golongan OKU juga mempunyai potensi, kebolehan, dan mereka boleh menyumbang secara berkesan kepada proses pembangunan negara. Sektor awam dan swasta perlu menyediakan lebih banyak latihan serta peluang menceburi bidang keusahawanan agar mereka mampu mandiri. Golongan itu jika diberi pendidikan atau latihan yang sempurna mampu bekerja setanding dengan orang biasa. Mereka harus digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan agar tidak semata-mata bergantung kepada peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak lain. Untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa, penekanan terhadap bidang pendidikan dan latihan kemahiran perlu terus diberi keutamaan oleh pihak berkuasa. Oleh yang demikian peluang perlu diberikan kepada semua tanpa mengira sebarang perbezaan dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi hak yang sama kepada semua individu. Walaupun mengalami pelbagai kelemahan dan kekurangan, tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh menguasai kemahiran akademik atau kemahiran kerja kerana mereka juga mempunyai keupayaan mental dan fizikal seperti golongan normal.
***
Perbincangan lanjut bolehlah ditumpukan pada:
1. Usaha-usaha kerajaan membantu golongan OKU.
2. Peranan ibu bapa terhadap anak-anak OKU.
3. Golongan OKU: Antara keperluan dan hak mereka.
Untuk bacaan tambahan, sila rujuk artikel saya yang berikut:
1. Artikel 11 - "Peranan Kerajaan Terhadap Golongan OKU" dalam buku KRU 1
2. Artikel 17 - "Sumbangan OKU Kepada Negara" dalam buku KRU 3
3. Artikel 12 - "Memartabatkan Golongan Orang Kurang Upaya" dalam buku KRU 6.
Gambar hiasan: