Jika
ditelusuri, tahun 2003 menjadi detik bermulanya suatu kelainan dari segi
pembaharuan ataupun evolusi dunia penyiaran di Malaysia. Ketika itu kebanyakan
stesen penyiaran tempatan berlumba-lumba menerbitkan rancangan realiti. Sungguhpun
konsep program realiti telah wujud lebih awal, namun tidak begitu popular dan
mungkin masyarakat Malaysia ketika itu masih belum bersedia untuk menerima
pakai konsep sedemikian. Tetapi, kini pelbagai program televisyen
realiti (reality TV atau reality show) tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Program TV realiti
didefinisikan sebagai sebuah dokumentasi yang tidak mengikut perancangan skrip
atau suntingan babak seperti membuat sebuah filem cereka atau drama.
Watak-watak yang terlibat melakukan pergerakan mengikut kemahuan sendiri atau
keperluan pada sesuatu ketika.
Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk: "Bendung Segera 'Realiti TV' Memualkan" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Ogos 2012. Selamat membaca!!!