Sabtu, 19 November 2016

PENUTUP PROGRAM JERAYAWARA BAHASA SESI PERSEKOLAHAN 2016 - SMK ISKANDAR SHAH

Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Iskandar Shah, Jasin hari ini, Sabtu (19 November 2016) sekali gus merupakan jerayawara terakhir bagi sesi persekolahan 2016. Terima kasih kepada Cikgu Nourul Akmar, GKMP Bahasa dan guru-guru Bahasa Melayu kerana memberikan ruang dan kesempatan untuk saya berjerayawara bagi pelajar tingkatan 4. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat dalam program tersebut kerana memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat sekali gus dapat mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan SPM 2017 kelak.










KERELEVANAN ARTIKEL KRU DENGAN SOALAN PENGAJIAN AM PENGGAL 3/16 STPM 2016

Alhamdulillah syukur sekali lagi terbukti bahawa tidak mengecewakan bagi calon Pengajian Am STPM Penggal 3/16 2016. Terdapat artikel 10 dalam buku KRU 1 yang berjudul "Pelaburan Asing Di Malaysia - Faktor Tarikan" dapat membantu calon menjawab soalan 20 dalam Bahagian C Pengajian Am Penggal 3/16 STPM 2016


KERELEVANAN ARTIKEL KRU DENGAN SOALAN PENGAJIAN AM PENGGAL 1/17 STPM 2016

Alhamdulillah syukur sekali lagi terbukti bahawa tidak mengecewakan bagi calon Pengajian Am STPM. Terdapat dua artikel 23 dalam buku KRU 3 yang berjudul "Menangkis Penularan Budaya Hedonisme" dan artikel 13 dalam buku KRU 6 yang berjudul "Usaha-usaha Mengekalkan Keharmonian Kaum" dapat membantu calon menjawab soalan 21 dan 22 dalam Bahagian C Pengajian Am Penggal 1/17 STPM.

Isnin, 7 November 2016

ALHAMDULILLAH... ARTIKEL 25 DLAM BUKU KRU 2 DENGAN SOALAN 1 BM 1 SOALAN 2016

Alhamdulillah baru perasan ada satu lagi artikel 25 saya yang berjudul "Usaha Menyifarkan Nahas Jalan Raya" dalam buku KRU 2 dapat membantu calon menjawab soalan 1 Bahagian B

ALHAMDULILLAH ..ARTIKEL 16 DLM. BUKU KRU 6 DENGAN SOALAN 3 BM 1 SPM 2016

Alhamdulillah sekali lagi terbukti bahawa artikel-artikel yang terdapat dalam buku KRU saya tidak pernah menghampakan calon kertas Bahasa Melayu 1 SPM setiap tahun.
Secara kebetulan soalan 3 Bahagian B SPM 2016 yang berbunyi: "Sikap kurang prihatin terhadap alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.
Berikan komen anda."
...
Artikel 16 dalam buku KRU 6 yang berjudul "Langkah-langkah Memelihara Alam Sekitar" dapat disesuaikan untuk menjawab soalan tersebut.


Ahad, 6 November 2016

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 12 (TERAKHIR)

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2016:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 12 (TERAKHIR)

        Secara ringkas dan mudah pengangguran dapat diertikan sebagai keadaan seseorang yang tidak mempunyai pekerjaan atau sedang mencari pekerjaan. Isu pengangguran merupakan masalah yang dihadapi oleh setiap negara. Menurut Jabatan Perangkaan, setakat bulan September 2013, kadar pengangguran di negara ini kekal pada 3.1 peratus, iaitu turun daripada 3.2 peratus pad...a September 2012. Peningkatan jumlah penganggur sebanyak 1.4 peratus kepada 443,200 orang dan orang yang bekerja sebanyak 1.0 peratus kepada 13.8 juta orang berbanding bulan Julai, menyebabkan kadar pekerjaan tidak berubah. Walau bagaimanapun kadar pengangguran di negara ini masih berada di paras rendah, sekali gus menunjukkan Malaysia boleh dianggap bebas daripada masalah tersebut. Apa-apa pun kita haruslah bersyukur kerana pelbagai langkah dan prakarsa dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan masalah pengangguran di negara kita.
******************
Perbincangan lanjut bolehlah ditumpukan pada:
1. Faktor-faktor yang menyebabkan pengangguran.
2. Langkah-langkah menangani masalah pengangguran.
3. Kesan-kesan pengangguran.


*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel -artikel saya yang berikut:
1. Artikel 13 yang berjudul "Isu pengangguran yang belum berakhir" dalam buku KRU 5.
2. Artikel 7 yang berjudul "Meneroka Bidang Keusahawanan Dalam Talian" dalam buku KRU 2
Gambar hiasan:





ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 11

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2016:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 11


       Gagasan 1 Malaysia bukan setakat falsafah untuk kita melakukan proses membina negara bangsa, tetapi apabila rakyat didahulukan, kerajaan akan membangunkan produk, serta perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1 Malaysia dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ itu terbukti j...elas menjurus kepada aspek kebajikan rakyat yang harus menjadi keutamaannya. Oleh itu, menjadi harapan pihak kerajaan agar produk serta perkhidmatan yang dapat dikaitkan dengan jenama 1 Malaysia akan diperbanyak dalam masa terdekat yang bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat. Tindakan seperti ini secara tidak langsung meringankan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah selepas kerajaan mendapat maklum balas positif daripada pelaksanaan produk terdahulu. Antara produk berasaskan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan banyak lagi produk yang lain dilancarkan mengikut keperluan dan kemampuan kerajaan.

Perbincangan lanjut bolehlah ditumpukan pada:
1. Peranan kerajaan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
2. Kepentingan pelbagai produk dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 2 saya selanjutnya yang berjudul "Produk dan perkhidmatan berasaskan 1 Malaysia" dalam buku KRU 5.
Gambar hiasan






Sabtu, 5 November 2016

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 10

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2016:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 10


         Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapatkan keseronokan, tetapi kekadang bertukar menjadi punca pendapatan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain, dan berunsurkan pendidikan. Ada hobi yang percuma dan ada pula yang memerlukan bela...nja. Walau apa-apapun hobi yang dilakukan oleh seseorang, pastinya dapat mengisi masa lapang dengan membuat kerja-kerja yang berfaedah, sekali gus dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan anasir atau gejala yang tidak sihat. Menerusi hobi juga seseorang dapat memperoleh banyak maklumat yang bermanfaat, mampu menjana pendapatan, sekali gus berperanan sebagai pengisian untuk beriadah. Banyak orang mempunyai pelbagai hobi yang menarik dan berbeza-beza, serta kekadang dianggap pelik.
*********
Perbincangan lanjut bolehlah tertumpu pada:
1. Kepentingan hobi dalam kehidupan manusia.
2. Hobi : faktor-faktor tarikan

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 18 saya selanjutnya yang berjudul "Hobi: Jenis dan Kepentingannya" dalam buku KRU 6
Gambar hiasan:





ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 9

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2016:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 9 


       Belakangan ini fenomena tentang gejala rasuah semakin mendapat tempat untuk dibincangkan oleh pelbagai pihak di negara ini. Semua negara di dunia tidak terkecuali dalam masalah rasuah. Rasuah bukan sahaja melanda negara-negara miskin, tetapi juga negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain. Di sesetengah negara, gejala rasuah menjadi begitu serius dan diisy...tiharkan sebagai musuh utama berkenaan. Kita dapat menyaksikan kerajaan di beberapa negara tumbang, kerana rasuah sudah berakar umbi dalam pentadbiran kerajaan, sehingga menggugat pemerintahan. Di sesetengah negara pula, kemiskinan dan kemunduran mendorong rakyat, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin negara itu melakukan rasuah. Lantaran itu, usaha yang serius haruslah diambil bagi menangani jenayah rasuah yang semakin menjadi barah dalam masyarakat.
*****.................
      
      Secara tuntas, gejala rasuah semakin berlarutan jika masyarakat masih menganggap bukan satu perbuatan jenayah. Tegasnya, tidak ada satu pun masyarakat, negara, atau agama yang mengiktiraf dan menerima rasuah sebagai satu amalan dan cara hidup. Rasuah bukan sahaja merupakan amalan yang tidak baik, malah dianggap berbahaya. Penyakit ini seolah-olah menjadi trend kehidupan moden dan seolah-olah merupakan suatu amalan yang sah, halal, dan menjadi sebahagian daripada keperluan hidup. Jika dibiarkan berleluasa, rasuah boleh menjadi barah dalam masyarakat yang akhirnya akan merosakkan ekonomi, meruntuhkan kerajaan, dan menggugat kedaulatan negara. Dengan kata lain, rasuah bukan sahaja merupakan masalah generasi sekarang, tetapi juga akan menjadi masalah kepada generasi akan datang. Hal ini demikian kerana rasuah merupakan virus utama yang merosakkan keharmonian masyarakat dan membawa kepada keruntuhan tamadun manusia. Lantaran itu, masyarakat yang beramal dengan rasuah merupakan masyarakat yang tidak bertamadun dan bermoral.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 24 saya selanjutnya yang berjudul "Memerangi Jenayah Rasuah" dalam buku KRU 1.
Gambar hiasan.







ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 8

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA 1 SPM 2016:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 8


       Dalam masyarakat Malaysia, individu istimewa itu lebih merujuk kepada individu yang berbeza daripada individu atau orang lain yang normal. Dalam erti kata lain, individu istimewa ialah mereka yang mempunyai kecacatan atau yang tidak memiliki keupayaan secara normal seperti individu normal lain. Atas sebab ini jugalah mereka itu digolongkan dalam kategori orang kurang upaya (OKU) atau j...uga sebagai orang kelainan upaya. Golongan OKU adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai hak sama rata dan tidak sesekali dilihat sebagai golongan yang lemah. Secara ringkasnya, individu dengan ketidakupayaan didefinisikan sebagai kategori individu yang mempunyai masalah dari segi pembelajaran, emosi dan tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisme, pintar cerdas atau berbakat dan juga masalah yang berkaitan fungsi kognitif. Berdasarkan kepada definisi tersebut, terdapat pelbagai kategori OKU dan pengelasan mereka adalah berdasarkan pada kelainan dalam keupayaan atau ketidakupayaan mereka.

       Seperti manusia normal, golongan OKU juga mempunyai potensi, kebolehan, dan mereka boleh menyumbang secara berkesan kepada proses pembangunan negara. Sektor awam dan swasta perlu menyediakan lebih banyak latihan serta peluang menceburi bidang keusahawanan agar mereka mampu mandiri. Golongan itu jika diberi pendidikan atau latihan yang sempurna mampu bekerja setanding dengan orang biasa. Mereka harus digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan agar tidak semata-mata bergantung kepada peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak lain. Untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa, penekanan terhadap bidang pendidikan dan latihan kemahiran perlu terus diberi keutamaan oleh pihak berkuasa. Oleh yang demikian peluang perlu diberikan kepada semua tanpa mengira sebarang perbezaan dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi hak yang sama kepada semua individu. Walaupun mengalami pelbagai kelemahan dan kekurangan, tetapi tidak bermakna mereka tidak boleh menguasai kemahiran akademik atau kemahiran kerja kerana mereka juga mempunyai keupayaan mental dan fizikal seperti golongan normal.
***
Perbincangan lanjut bolehlah ditumpukan pada:
1. Usaha-usaha kerajaan membantu golongan OKU.
2. Peranan ibu bapa terhadap anak-anak OKU.
3. Golongan OKU: Antara keperluan dan hak mereka.


Untuk bacaan tambahan, sila rujuk artikel saya yang berikut:
1. Artikel 11 yang berjudul "Peranan Kerajaan Terhadap Golongan OKU" dalam buku KRU 1
2. Artikel 17 yang berjudul "Sumbangan OKU Kepada Negara" dalam buku KRU 3
3. Artikel 12 yang berjudul "Memartabatkan Golongan Orang Kurang Upaya" dalam buku KRU 6.

Gambar hiasan:



ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 7

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2016:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 7


Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang.
 

     Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling keluarga y...ang kukuh. Dengan kata lain, masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan. Setiap orang saling memahami dan hormat-menghormati, iaitu yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Cara hidup ini juga dikenali sebagai “budaya ikram”. Ungkapan ini memberikan seribu pengertian dan gambaran yang sangat bererti kepada seluruh insan di dunia ini tentang masyarakat penyayang yang perlu dipupuk dan dibenamkan dalam sanubari kita selagi kita bergelar makhluk berakal yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Perbincangan lanjut bolehlah ditumpukan pada:
1. Cara-cara melahirkan masyarakat penyayang.
2. Langkah-langkah memupuk masyarakat penyayang
3. Masyarakat penyayang membentuk negara sejahtera.

4.   Sekolah penyayang @ selamat.

*** Untuk bacaan tambahan, sila rujuk artikel 16 saya selanjutnya yang berjudul "Membudayakan Masyarakat Penyayang" dalam buku KRU 4.





ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 6

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2016
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 6

Masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi perkara serius dan setiap penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan untuk melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja, tetapi perlu mengambil kira unjuran keadaan lalu lintas 20 atau 30 tahun yang akan datang. Lantaran itu, baru-baru ini pihak Kementerian Pengangkutan menyasarkan sebanyak 25 peratus penduduk di negara ini menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam menjelang 2015.
Sebenarnya, sasaran itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di beberapa bandar besar di negara ini selain mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kebanyakan bandar di negara maju, 60 peratus penduduk mereka menggunakan pengangkutan awam, tetapi di negara kita setakat ini, hanya 16 peratus penduduk menggunakan pengangkutan awam dan masih belum mencukupi untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di negara ini. Faktor kelemahan sistem dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang memuaskan telah menyebabkan jumlah warga kota memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Akhirnya, kesesakan ini menjadi sebahagian daripada beban dan tekanan kehidupan harian masyarakat kota, dan lebih buruk lagi, membentuk satu stigma dan imej negatif yang sedikit sebanyak membawa kesan terhadap usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan.
Dalam usaha menambah baik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan amat prihatin dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Pelbagai langkah diambil kerajaan bagi mengurangkan tahap kesesakan lalu lintas termasuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan sudah mengambil inisiatif untuk memperbaik dan memperkasakan sistem pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan bandar. Sebelum itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditubuhkan sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab untuk merancang, mengawal selia, dan menguat kuasa sistem, serta operasi pengangkutan awam darat. SPAD juga bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan awam yang selamat, anjal dan dengan tambang yang berpatutan bagi menggalakkan lebih banyak rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Selain itu, kerajaan turut memberi fokus kepada empat bidang utama dalam sektor pengangkutan awam di negara agar kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat. Pertama, meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa. Kedua, meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam. Ketiga, memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam dan keempat menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baharu.
**********************
Perbincangan lanjut bolehlah ditumpukan pada:
1. Langkah-langkah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam negara.
2. Kesan-kesan terhadap kempen penggunaan pengangkutan awam.
3. Faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel-artikel saya yang berikut:
1. Artikel 19 yang berjudul "Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam" dalam buku KRU 1.
2. Artikel 21 yang berjudul "Strategi Mendepani Kesesakan Lalu Lintas" dalam buku KRU 5.
Gambar hiasan.