Rabu, 13 April 2016

PEMETAAN NOVEL MENGIKUT BAB - PELITA BAHASA, APRIL 2016



Ikutilah rencana saya selanjutnya (3 halaman) yang berjudul "Pemetaan Novel Mengikut Bab" dalam Pelita Bahasa, keluaran April 2016. Selamat membaca!

Ahad, 10 April 2016

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK MERPATI
















Tarikh: 8.4.2016 (Jumaat)
Tempat: Dewan SMKA Tun Juhar, Sandakan, Sabah
Masa : 7.30 pagi
 
Terima kasih kepada Tuan Hj. Sani Sahwi (Pengetua) dan Puan Hasbi Mohd Ajar kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut yang secara kebetulan saya berada di Sandakan. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang benar-benar teruja untuk menguasai teknik menjawab kertas Bahasa Melayu. Semoga kalian memperoleh input tambahan yang dapat menjadi panduan bagi menghadapi kertas Bahasa Melayu peringkat SPM pada 7 November kelak sekali gus memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA TUN JUHAR, SANDAKAN
















TARIKH: 7 APRIL 2016 (Khamis)
Masa : 7.30 - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Agama Tun Juhar, Sandakan, Sabah
 
Terima kasih banyak-banyak kepada Puan Suzanah Sidek kerana menguruskan Program Jerayawara Bahasa bersama-sama SMK Batu Sapi, SMK Agama Tun Juhar, SMK Sandakan 2 dan SMK Elopura 2. Terima kasih kepada semua Pengetua, GPK 1, guru-guru Bahasa Melayu yang turut serta termasuk semua pelajar daripada sekolah-sekolah tersebut. Semoga kalian bakal calon SPM 2016 memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan sekali gus berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Sabtu, 2 April 2016

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA MAAHAD MUAR










TARIKH: 26 MAC 2016 (SABTU)
MASA : 8.15 PAGI
TEMPAT: PUSAT SUMBER SMKA MAAHAD MUAR

Terima kasih kepada Puan Hjh. Aini Ariffin, Puan Mastura Idris dan guru-guru Bahasa Melayu kerana masih memberikan ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa kali ke-8 di Maahad Muar Terbilang pada pagi ini Sabtu 26 Mac 2016 jam 8.15 pagi. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang memberikan komitmen yang cukup tinggi sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat sekali gus kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2016 kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK (P) SULTAN ABU BAKAR









TARIKH: 25 MAC 2016 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN SMKP SULTAN ABU BAKAR

Terima kasih kepada Puan Hjh. Noraini Ismail dan guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa untuk tahun yang kedua pagi ini. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang hadir serta memberikan tumpuan yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh input dan suntikan semangat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2016.