Selasa, 24 November 2015

KERELEVANAN ARTIKEL 4 (KRU 4) DENGAN SOALAN 27 KERTAS BAHASA MELAYU PENGGAL 1 STPM 2016

Alhamdulillah sekali lagi terbukti artikel 4 dalam buku KRU 4 yang berjudul "Meningkatkan Pembangunan Sukan Negara" dapat membantu secara langsung untuk menjawab soalan 27 Bahagian C Kertas Bahasa Melayu Penggal 1 STPM 2016 semalam (23 November 2015 - Selasa) yang berbunyi:
"Pencapaian negara kita dalam bidang sukan tidak begitu memuaskan dan masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan negara. Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian negara kita dalam bidang tersebut."

KERELEVANAN ARTIKEL 2 & 9 (KRU 1 & 4) DENGAN SOALAN 28 KERTAS BAHASA MELAYU PENGGAL 1 STPM 2016

Alhamdulillah sekali lagi terbukti kedua-dua artikel dalam buku KRU 1 dan KRU 4, iaitu artikel 2 yang berjudul "Peranan Rangkaian Jalur Lebar" dan artikel 9 yang berjudul "Pembelajaran Maya Merangsang Minat Belajar" dapat membantu secara langsung untuk menjawab soalan 28 Bahagian C Kertas Bahasa Melayu Penggal 1 STPM 2016 semalam (23 November 2015 - Selasa) yang berbunyi:

"Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) banyak memberikan kesan positif terhadap pembelajaran para pelajar. Huraikan kesan-kesan positif yang dimaksudkan."



KERELEVANAN ARTIKEL 25 (KRU 3) DENGAN SOALAN 21 PENGAJIAN AM PENGGAL 1 STPM

Alhamdulillah sekali lagi artikel 25 dalam buku KRU 3 amat relevan dengan soalan 21 Kertas Pengajian Am Penggal 1 STPM 2016 yang diuji hari ini (19 November 2015)


Ahad, 1 November 2015

RUMUSAN FOKUS UTAMA KERTAS BAHASA MELAYU 1 & 2 SPM 2015:

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN:

1. Permainan tradisional / warisan budaya
2. Kepelbagaian laman sosial.
3. Semangat Kejiranan
4. Masyarakat Penyayang termasuk terhadap OKU
5. Budaya membaca
6. Pemerdagangan orang
7. Jenayah siber atau jenayah berat
8. Gejala rasuah
9. Penggunaan telefon bimbit
10. Pengangkutan awam atau kesesakan lalu lintas.
11. Pelbagai produk atau perkhidmatan berasaskan 1 Malaysia.
12. Anak-anak pintar atau cerdas.

FOKUS SOALAN KOMSAS
A. PROSA MODEN:

1. Cerpen Ibu dan Cerpen dan Cerpen Biarkan Samudera
2.  Cerpen Idola dan cerpen Penangggungan
3. Drama : Tingal Cenggal Dinding Sayung

B.  PROSA KLASIK:

1. Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
2. Hikayat Dua Geliga Hikmat

C. PUISI

1. Gurindam 12 Fasal Yang Keenam
2. Gurindam Tonggak Dua Belas
3.  Seloka Emak Si Randang
4. Sajak Harga Remaja
5. Sajak Di Bawah Langit Yang Sama

D. NOVEL

1. Persoalan – persoalan maruah, persoalan kegigihan, satu persoalan dalam 2 novel.
2. Pelbagai peristiwa – peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyarakat dan peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap pembaca.
3. Klimaks dan peristiwa yang membaca kepada kesudahan cerita.
4.  Nilai kemasyarakatan atau nilai kemanusiaan.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
Soalan 3 b

1. Ayat majmuk & ayat tunggal
2. Ayat biasa dan ayat songsang
3. Jenis-jenis ayat: Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seru

*** Sekali lagi ditegaskan bahawa kesemua isu atau fokus yang perlu diberikan penekanan seperti yang di atas adalah semata-mata jangkaan berdasarkan analisis terdahulu dan bukan soalan yang sebenar. Tetapi, jika ada isu yang mengena, Alhamdulillah dan anggapkan sebagai suatu kebetulan atau rezeki kalian. Selamat maju jaya dan semoga memperoleh A+ dalam kertas Bahasa Melayu peringkat SPM 2015.

Alhamdulillah..demikianlah usai sudah hamba senaraikan soalan jangkaan atau yang perlu difokuskan untuk kertas Bahasa Melayu SPM 2015 seperti yang dijanjikan sepanjang Program Jerayawara Bahasa di seluruh negara kepada semua guru dan pelajar. Semoga bahan paparan tersebut dapat dimanfaatkan dan dapat mengurangkan tekanan kepada bakal calon SPM tahun ini. Walau bagaimanapun kesemua isu tersebut bukanlah SOALAN YANG SEBENAR tetapi anggapkan senarai tersebut sebagai soalan pengukuhan pada saat-saat terakhir menjelang peperiksaan. Tetapi, jika ada yang mengena anggapkan secara kebetulan sahaja. Dengan ini, hamba menghalalkan segala ilmu dan panduan yang disampaikan dan mudah-mudahan dapat menjadi sebahagian daripada amal jariah hamba untuk hari muka.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA - SOALAN 3 (b)

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
Soalan 3 b

Berdasarakan analisis terdahulu, soalan 3 b yang perlu difokuskan:

1. Ayat Majmuk & ayat tunggal
2. Ayat biasa dan ayat songsang
3. Jenis-jenis ayat: Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seru



ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 12 (TERAKHIR)

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 12 (TERAKHIR)
Anak adalah anugerah Allah SWT. yang tidak ada tolok banding nilainya. Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan. Sekiranya ibu bapa dikurniakan dengan anak pintar, itu merupakan satu 'bonus' yang seharusnya disyukuri, malah mereka tidak seharusnya mendabik dada dengan apa-apa yang diberikan. Bagi kedua-dua ibu bapa, rasa bertuah, dan berbangga sudah tentu dirasai apabila dikurniakan anak yang memiliki kepintaran yang luar biasa. Yang pasti keistimewaan yang diberikan-Nya merupakan satu kurniaan yang tidak harus dipersia-siakan. Walaupun begitu, mereka harus pandai serta tahu bagaimana hendak mengendalikan anak pintar kerana sekiranya tersilap 'percaturan' keistimewaan yang dimiliki tidak akan berkembang.
Kanak-kanak yang pintar dan cemerlang ialah aset negara. Merekalah modal insan negara yang akan menerajui pembangunan negara pada masa depan. Oleh sebab itu, pendidikan awal amat penting bagi melahirkan modal insan yang cerdas minda (IQ tinggi), cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi), cerdas sosial dan fizikal. Lantaran itu, kanak-kanak pintar perlu dikenal pasti seawal mungkin untuk diberikan pendidikan yang bersesuaian dengan ciri-ciri unik agar bakat akademiknya sama-sama berkembang. Oleh itu, bagi mencapai matlamat tersebut semua taska kelolaan kerajaan akan dinaik taraf sebagai Pusat Permata secara berperingkat dalam usaha memberi program pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik dan berkualiti.
*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 5 saya selanjutnya yang berjudul "Program Menggilap Anak-anak Pintar" dalam buku KRU 3.
Gambar hiasan