Jumaat, 30 Oktober 2015

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 11

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 11

Gagasan 1Malaysia bukan setakat falsafah untuk kita melakukan proses membina negara bangsa, tetapi apabila rakyat didahulukan, kerajaan akan membangunkan produk, serta perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ itu terbukti jelas menjurus kepada aspek kebajikan rakyat yang harus menjadi keutamaannya. Oleh itu, menjadi harapan pihak kerajaan agar produk serta perkhidmatan yang dapat dikaitkan dengan jenama 1Malaysia akan diperbanyak dalam masa terdekat yang bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat. Tindakan seperti ini secara tidak langsung meringankan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah selepas kerajaan mendapat maklum balas positif daripada pelaksanaan produk terdahulu. Antara produk berasaskan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan banyak lagi produk yang lain dilancarkan mengikut keperluan dan kemampuan kerajaan.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 2 saya selanjutnya yang berjudul "Produk dan perkhidmatan berasaskan 1 Malaysia" dalam buku KRU 5.
 Gambar hiasan






Khamis, 29 Oktober 2015

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 10

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 10

Masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi perkara serius dan setiap penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan untuk melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja, tetapi perlu mengambil kira unjuran keadaan lalu lintas 20 atau 30 tahun yang akan datang. Lantaran itu, baru-baru ini pihak Kementerian Pengangkutan menyasarkan sebanyak 25 peratus penduduk di negara ini menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam menjelang 2015.
Sebenarnya, sasaran itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di beberapa bandar besar di negara ini selain mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kebanyakan bandar di negara maju, 60 peratus penduduk mereka menggunakan pengangkutan awam, tetapi di negara kita setakat ini, hanya 16 peratus penduduk menggunakan pengangkutan awam dan masih belum mencukupi untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di negara ini. Faktor kelemahan sistem dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang memuaskan telah menyebabkan jumlah warga kota memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Akhirnya, kesesakan ini menjadi sebahagian daripada beban dan tekanan kehidupan harian masyarakat kota, dan lebih buruk lagi, membentuk satu stigma dan imej negatif yang sedikit sebanyak membawa kesan terhadap usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 19 saya selanjutnya yang berjudul "Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam" dalam buku KRU 1.
 Gambar hiasan.






KERELEVANAN ARTIKEL 11 DLM. KRU 2 DENGAN SOALAN 4 - KERTAS 1 BM SVM

Alhamdulillah ... artikel 11 saya yang berjudul "Memajukan Industri Desa" dalam buku KRU 2 secara kebetulan bulat-bulat dapat membantu calon Penilaian Akhir Semester 4 Sesi 2/2015 Sijil Vokasional Malaysia menjawab soalan 4 - Bahagian B Kertas 1 Bahasa Melayu. Soalannya yang berbunyi:
4. "Industri desa seperti penghasilan makanan tradisional dan kraf tangan memerlukan suntikan teknologi dan modal untuk meningkatkan mutu dan hasil keluaran. Nyatakan pandangan anda tentang pernyataan tersebut."




Rabu, 28 Oktober 2015

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 9

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:

     Suatu masa dahulu telefon bimbit memang merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia untuk terus beinteraksi. Walaupun ketika itu kebanyakan telefon bimbit masih tidak begitu canggih seperti hari ini, tetapi keperluannya melebihi segala-galanya. Telefon bimbit kini dapat berfungsi sebagai pembantu peribadi, mendapatkan hiburan, lambang status, dan yang paling utama ialah menjadi pendorong manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan, memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar atau menerima e-mel dan pesanan teks, semuanya boleh dibuat melalui telefon bimbit.
 Walaupun pada mulanya kehadiran teknologi telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai telefon selular dianggap sebagai barang mahal yang dapat dimiliki oleh mereka yang mampu sahaja. Tetapi, kini semua orang dapat memiliki telefon bimbit kerana harganya yang berpatutan. Mengikut syarikat penyelidik ABI Research's Mobile Devices Research Service, sejumlah 900 juta telefon bimbit telah dipasarkan pada 2006. Pada September 2005 industri telefon bimbit telah mencatat pelanggannya yang ke-2 bilion. Reka cipta telefon bimbit kian menarik dan anggun, golongan yang mampu akan tetap terpikat dengan kemudahan ini. Tegasnya, telefon bimbit kini lebih  merupakan keperluan dan bukan lagi untuk bergaya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai peranan dan sumbangannya dalam kehidupan kita seharian. Melaluinya kita dapat memperoleh maklumat, berita terkini, ilmu, gambar, data, menonton televisyen, mendengar radio, mengirim, dan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan mudah dan pantas.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 18 selanjutnya yang berjudul "Telefon Bimbit: Antara Keperluan dan Gaya Hidup" dalam buku KRU 3.
Gambar hiasan.





KERELEVANAN ARTIKEL 17 DALAM KRU 5 DENGAN SOALAN 1 BAHAGIAN B KERTAS 1 BAHASA MELAYU SVM 2015

Alhamdulillah ... artikel 17 saya yang berjudul "Menangani Kos Sara Hidup Rakyat" dalam buku KRU 5 secara tidak langsung dapat membantu calon Penilaian Akhir Semester 4 Sesi 2/2015 Sijil Vokasional Malaysia menjawab soalan 1 - Bahagian B Kertas 1 Bahasa Melayu.
Soalannya yang berbunyi:
1. Kos sara hidup yang semakin meningkat memerlukan pengurusan kewangan yang bijak. Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan di atas."



KERELEVANAN ARTIKEL 16 DALAM KRU 4 DENGAN SOALAN BAHAGIAN A SVM 2015

Alhamdulillah ... artikel 16 saya yang berjudul "Membudayakan Masyarakat Penyayang" dalam buku KRU 4 secara tidak langsung dapat membantu calon Penilaian Akhir Semester 4 Sesi 2/2015 Sijil Vokasional Malaysia menjawab soalan Bahagian A Kertas 1 Bahasa Melayu.




KERTAS 1 BAHASA MELAYU SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA SESI 2/2015

Alhamdulillah...secara tidak langsung terdapat 4 artikel dalam buku-buku KRU saya relevan dengan 4 daripada 5 soalan dalam Bahagian A dan B serta keluar dalam Penilaian Akhir Semester 4 Sesi 2/2015 Sijil Vokasional Malaysia yang lalu. Detil akan dimuat naik dalam masa terdekat. Terima kasih kepada Cikgu Sharipah Rafidah Syaid Mohammad​ kerana mengirimi hamba soalan tersebut.


Selasa, 27 Oktober 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA TERAKHIR SESI 2015 - SMK BANDAR DAMAI PERDANA










Tarikh: 26 Oktober 2015 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Bandar Damai Perdana, Cheras, Kuala Lumpur

Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat PBMP saya Datin Norliza Kamarudin, Ketua Panitia dan guru-guru Bahasa Melayu kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut kali pertama di sekolahnya. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang hadir dan semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat bagi menghadapi peperiksaan SPM yang berbaki seminggu sahaja lagi. Saya doakan supaya kalian mendapat kejayaan yang cemerlang sekali gus melonjakkan prestasi yang terbaik dan menyerlah jauh daripada luar biasa.

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 8

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:

    Belakangan ini fenomena tentang gejala rasuah semakin mendapat tempat untuk dibincangkan oleh pelbagai pihak di negara ini. Semua negara di dunia tidak terkecuali dalam masalah rasuah. Rasuah bukan sahaja melanda negara-negara miskin, tetapi juga negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain. Di sesetengah negara, gejala rasuah menjadi begitu serius dan diisytiharkan sebagai musuh utama berkenaan. Kita dapat menyaksikan kerajaan di beberapa negara tumbang, kerana rasuah sudah berakar umbi dalam pentadbiran kerajaan, sehingga menggugat pemerintahan. Di sesetengah negara pula, kemiskinan dan kemunduran mendorong rakyat, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin negara itu melakukan rasuah. Lantaran itu, usaha yang serius haruslah diambil bagi menangani jenayah rasuah yang semakin menjadi barah dalam masyarakat.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 24 saya selanjutnya yang berjudul "Memerangi Jenayah Rasuah" dalam buku KRU 1.
 Gambar hiasan.




Isnin, 26 Oktober 2015

STOK BUKU KRU JILID 1, 2 & 5 SAHAJA YANG BERBAKI

Pada saat-saat terakhir menjelang peperiksaan SPM dan STPM 2015 saya menerima banyak pertanyaan dan pesanan untuk membeli buku KRU yang saya hasilkan. Oleh sebab, semakin hampir dengan tarikh peperiksaan tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa kini hanya 3 jilid sahaja yang sedia ada, iaitu KRU jilid 1, 2 dan 5 sahaja. Namun, ketiga-tiga jilid tersebut juga amat terhad bilangannya. Jadi, sesiapa yang berminat untuk membuat pesanan bolehlah dibuat dalam masa terdekat sementara stok masih ada. Walau bagaimanapun set yang lengkap akan diulang cetak ketika KRU 6 diterbitkan pada awal tahun hadapan. Terima kasih atas sokongan semua guru dan murid di seluruh negara khususnya kepada mereka yang telah membeli kesemua jilid KRU (12345) tersebut.





ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 7

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:

Kemajuan pesat teknologi maklumat dan perkongsian maklumat secara global antara faktor meningkatnya gejala jenayah siber. Fenomena peningkatan jenayah siber bukan sahaja berlaku di seluruh dunia, malah di Malaysia turut menerima tempiasnya. Antara negara lain yang turut mencatat angka tertinggi dalam jenayah itu adalah United Kingdom, Ukraine, Indonesia, Yugoslavia, Lithuania, Romania, Turki, Russia, Pakistan, Israel, Nigeria dan China. Hal ini menunjukkan bahawa jenayah siber melibatkan rangkaian penjenayah antarabangsa sehingga menular ke negara kita. Secara tidak langsung, tanggungjawab pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baharu perlakuan jenayah siber yang semakin meningkat, di samping jenayah jalanan. Dengan kata lain, pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap perlakuan jenayah dalam konteks negara kita dan antarabangsa.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 8 saya selanjutnya yang berjudul "Menangani Jenayah Siber Tanggungjawab Bersama" dalam buku KRU 4.
Gambar hiasan.







Sabtu, 24 Oktober 2015

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 6


PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:
   
        Sering kali kita melihat terpampang di dada-dada akhbar kes-kes yang melibatkan pemerdagangan orang. Pemerdagangan orang adalah suatu jenayah yang dipandang serius masa kini kerana membabitkan antara lainnya perbuatan eksploitasi pada skala yang besar terhadap wanita dan kanak-kanak dan juga suatu bentuk perhambaan moden. Pemerdagangan orang adalah jenayah yang paling cepat berkembang di dunia, lebih kurang 27 juta penduduk dunia menjadi mangsa pemerdagangan orang. Pemerdagangan orang adalah salah satu industri yang paling menguntungkan dalam ekonomi pasaran gelap dunia. Pemerdagangan orang merupakan satu perbuatan yang dikeji kerana manusia dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan. Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan Orang mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 billion setahun selepas jenayah senjata api dan dadah. Di Malaysia, penularan jenayah seperti ini kini menjadi-jadi sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah yang drastik untuk menanganinya.

*** Untuk bacaan tambahan, sila rujuk artikel 8 saya selanjutnya yang berjudul "Pemerdagangan Orang: Antara Cabaran dan Usaha" dalam buku KRU 2.
Gambar hiasan:



PERSEDIAAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM 2015 - FOKUS SOALAN NOVEL

PERSEDIAAN KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM 2015 -
FOKUS SOALAN NOVEL:

Berdasarkan analisis yang terdahulu, soalan novel yang perlu difokuskan mengikut keutamaan:

1. Persoalan  - persoalan maruah, persoalan kegigihan, satu persoalan dalam 2 novel.
2. Pelbagai peristiwa - peristiwa menarik, peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap pembaca, dan peristiwa yang menunjukkan kepincangan masyarakat
3. Klimaks dan perisitwa yang membawa kepada kesudahan cerita.

4. Nilai kemasyarakatan atau nilai kemanusiaan dalam novel.