Jumaat, 20 September 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BATU KIKIR, KUALA PILAH







Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Batu Kikir buat kali pertama semalam (19 Sept. 2013) jam 2.00 - 5.30 petang. Terima kasih tidak terhingga kepada Editor Fokus SPM Saudara Azman Mohd Nawi kerana memberi ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan Program Pecutan Akhir SPM 2013 kepada pelajar-pelajar SMKBK yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada GKMP Bahasa, Ketua Panitia dan guru-guru Bahasa Melayu sekolah tersebut yang turut memberikan kerjasama yang baik sepanjang program tersebut berlangsung petang semalam.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK INFANT JESUS CONVENT





Tarikh: 14 September 2013 (Sabtu)
Masa  : 5.00 petang
Tempat: Hotel Hang Tuah City, Melaka
Terima kasih kepada Cikgu Puan Khatijah (Kaunselor) SMKIJC kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga semua pelajar yang terlibat dapat manfaat daripada input yang disampaikan dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Ahad, 1 September 2013

RENCANA 178: MEMARTABATKAN SASTERA KANAK-KANAK & REMAJA


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya yang berjudul "MEMARTABATKAN SASTERA KANAK-KANAK & REMAJA" dalam majalah Fokus SPM keluaran September 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 177: SENARAI SEMAK TEMA DAN ISU KERTAS BM 1 SPM 2013


Ikutilah rencana Bahasa Melayu SPM saya selanjutnya yang berjudul "Senarai Semak Tema dan Isu Kertas BM 1 SPM" dalam majalah Fokus SPM keluaran September 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 176 : SENARAI SEMAK SOALAN KOMSAS UNTUK SPM 2013

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya yang berjudul "SENARAI SEMAK SOALAN KOMSAS UNTUK SPM 2013" dalam majalah Fokus SPM keluaran September 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 175 : ULASAN SAJAK "KETENANGAN"

Ikutilah rencana KOMSAS PM saya selanjutnya yang berjudul "Ulasan Sajak Ketenangan" dalam majalah Dewan Siswa keluaran Ogos 2013. Selamat membaca!!!

PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA HINGGA DAN SAMPAI

Sumber: Pusat Rujukan Persuratan Melayu

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM TERENDAK








Tarikh: 29 Ogos 2013
Masa: 10.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Ismah Beach Resort, Padang Kemunting
Terima kasih kepada Puan Hjh Zuraidah Zulkeflee dan guru-guru kerana tidak jemu-jemu memberi ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan program tersebut saban tahun anjuran Jabatan Bahasa MRSM Terendak pada 29 Ogos 2013 (Khamis) dari 10.30 pagi hingga 4.30 petang. Tahniah kepada semua pelajar yang memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan sehingga berakhirnya program tersebut. Semoga kalian mendapat input dan suntikan semangat baharu untuk meraih kecemerlangan menjelang peperiksaan SPM yang semakin hampir.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM TUN GHAFFAR BABA





Terima kasih kepada Cikgu Siti Hajar Ali, Cikgu Hjh. Hikmah Ramli dan rakan-rakan guru yang lain serta para pelajar kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya berjerayawara di MRSM Tun Ghaffar Baba. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan menjelang peperiksaan percubaan dan SPM nanti.