Selasa, 24 Julai 2012

RENCANA 128: BENDUNG SEGERA "REALITI TV" MEMUALKAN


 
Jika ditelusuri, tahun 2003 menjadi detik bermulanya suatu kelainan dari segi pembaharuan ataupun evolusi dunia penyiaran di Malaysia. Ketika itu kebanyakan stesen penyiaran tempatan berlumba-lumba menerbitkan rancangan realiti. Sungguhpun konsep program realiti telah wujud lebih awal, namun tidak begitu popular dan mungkin masyarakat Malaysia ketika itu masih belum bersedia untuk menerima pakai konsep sedemikian. Tetapi, kini pelbagai program televisyen realiti (reality TV atau reality show) tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Program TV realiti didefinisikan sebagai sebuah dokumentasi yang tidak mengikut perancangan skrip atau suntingan babak seperti membuat sebuah filem cereka atau drama. Watak-watak yang terlibat melakukan pergerakan mengikut kemahuan sendiri atau keperluan pada sesuatu ketika.
Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk: "Bendung Segera 'Realiti TV' Memualkan" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Ogos 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 127: ULASAN & BENTUK SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPMU 2012

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya selanjutnya bertajuk: "Ulasan & Bentuk Soalan Bahasa Melayu Kertas 1 SPMU 2012" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Ogos 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 126: ULASAN & BENTUK SOALAN KOMSAS KERTAS 2 BM SPM ULANGAN 2012

Ikutilah rencana KOMSAS saya selanjutnya bertajuk: "Ulasan dan Bentuk Soalan KOMSAS Kertas 2 BM SPM Ulangan 2012" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Ogos 2012. Selamat membaca!!!

Sabtu, 14 Julai 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUN TIJAH







Tarikh: 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat: IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
Terima kasih kepada Cikgu Rokiah Zainal Abidin kerana memberi kesempatan dan ruang kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SMK Tun Tijah bertempat di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada pengisian yang disampaikan sepanjang program tersebut.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SBP INTEGRASI SELANDAR






Tarikh: 13 Julai 2012
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat: Dewan Gemilang, SBPI Selandar

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Noorsyuhada Suboh kerana mengundang saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa bagi sesi persekolahan 2012. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang bermotivasi tinggi dan memberikan kerjasama yang cukup positif sepanjang program tersebut berjalan. Semoga kalian dapat mengekalkan kecemerlangan yang sedia ada dan terus gemilang. Teruskan perjuangan tanpa henti.!!!

Selasa, 10 Julai 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SERI TANJONG





Tarikh: 9 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 12.30 tengah hari - 3.30 petang
Tempat: Dewan Besar SMK Seri Tanjong, Melaka

Terima kasih kepada Cikgu Khalid Haji Bujang yang memberi ruang dan kesempatan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa tahun ini bersama-sama pelajar SMK Seri Tanjong yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2012. Tidak ketinggalan terima kasih kepada Cikgu Mohamad Adil Fitri (Kaunselor) dan guru-guru Bahasa Melayu yang turut memberi kerjasama yang baik sepanjang program tersebut berlangsung selama hampir tiga jam. Semoga kalian mendapat panduan dan suntikan semangat baharu untuk terus berusaha mencipta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM MUAR






Tarikh: 8 Julai 2012 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Pusat Sumber Ilmu, MRSM Muar

Terima kasih kepada Cikgu Amir Syafiq, Cikgu Shikin, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar MRSM Muar yang memberi kesempatan kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa buat kali kedua. Tahniah kepada semua pelajar yang memberikan kerjasama yang cukup memberangsangkan sepanjang program tersebut. Semoga kalian mendapat manfaat daripada pengisian yang disampaikan bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM KUANTAN






Tarikh: 7 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Besar MRSM Kuantan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Wan Buanan Wan Hussain, Cikgu Rohani, guru-guru Bahasa Melayu, pelajar-pelajar MRSM Kuantan dan juga pelajar-pelajar jemputan dari MRSM Pekan yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2012. Semoga pengisian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan panduan untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak, sekali gus menempa kejayaan yang cemerlang.

Isnin, 2 Julai 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SEK AGAMA MENENGAH RAWANG (SAMER)





Tarikh: 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Besar Sek. Agama Menengah Rawang, Selangor

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Cikgu Hajah Norhasimah Hj. Hassan, Ketua Panita, dan guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SAMER untuk kali pertama bagi sesi persekolahan 2012. Tidak ketinggalan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang terbabit dalam program tersebut kerana memberikan kerjasama yang cukup baik serta majoriti membeli buku-buku Koleksi Rencana Umum bagi menghadapi peperiksaan SPM pada penghujung tahun nanti. Semoga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang dan membanggakan, serta mendapat suntikan semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang. Amin.