Sabtu, 31 Mac 2012

RENCANA 109 : BENTUK SOALAN PEMAHAMAN CERPEN

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya bertajuk "Bentuk Soalan Pemahaman Cerpen" selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran Oktober 2011.  Selamat membaca!!!

RENCANA 108 : PERISTIWA DALAM SUTERA DALAM LUKISAN


Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya bertajuk "Peristiwa dalam Sutera dalam Lukisan" selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran Januari 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 107: MENULIS SINOPSIS & CATATAN RINGKAS


Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya bertajuk "Menulis Sinopsis dan Catatan Ringkas" - Novel Merenang Gelora" selanjutnya di dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Mac 2012. Selamat membaca!!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK INFANT JESUS CONVENT



Tarikh: 29 Mac 2012 (Khamis)
Masa  : 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Tempat: Dewan Besar SMK IJC
Terima kasih kepada warga SMKIJC kerana memberi ruang dan peluang kepada saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa. Semoga para pelajar memperoleh manfaat daripada pengisian yang disampaikan sekali gus dijadikan azimat bagi menghadapi peperiksaan SPM 2012.

RENCANA 106: MENINGKATKAN PEMBANGUNAN SUKAN NEGARA


Ikutilah rencana umum saya bertajuk "Meningkatkan Pembangunan Sukan Negara" selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran April 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 105: KATA HUBUNG DAN PENGGUNAANNYA

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya bertajuk "Kata hubung dan penggunaannya" selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran April 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 104: LATAR TEMPAT DALAM NOVEL PAPA ...(akhirnya kau tewas jua)

Ikutilah rencana KOMSAS saya bertajuk "Latar tempat dalam Novel Papa ... (akhirnya kau tewas jua!" selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran April 2012.   Oleh sebab kesilapan teknikal ketika menaip, watak Intan Juliana hendaklah ditukar kepada Intan Julia. Segala kesilapan amat dikesali.
Selamat membaca!!!

Isnin, 12 Mac 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BUKIT KEPAYANG



Tarikh: 12 Mac 2012 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Pusat Sumber SMK Bukit Kepayang, Seremban 2
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Norshamsila Saludin atas prakarsanya memberi peluang dan ruang kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa khususnya untuk guru-guru Bahasa Melayu. Semoga segala pengisian dan kaedah pengajaran yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk disebarluaskan kepada anak didik di SMK Bukit Kepayang, sekali gus meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peringkat PMR & SPM.

Ahad, 11 Mac 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK PERIMBUN, CHERAS




Tarikh: 10 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Bilik Tayang SMK Perimbun, Cheras, Selangor
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Ch'ng Gan Lin (GKMP Bahasa), Puan Hamilah (Ketua Panitia), guru-guru Bahasa Melayu, serta para pelajar yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Sesungguhnya komitmen yang kalian tunjukkan sepanjang program tersebut sangat memberangsangkan. Semoga segala yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya menjelang peperiksaan SPM kelak. Tidak ketinggalan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru dan pelajar yang turut menyokong dan membeli buku-buku KRU Jilid 1, 2 & 3 yang memang tidak dijangkakan luar biasa sekali.

Sabtu, 3 Mac 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA - SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG




Tarikh: 3 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 9. 00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Muzik SMK Taman Jasmin 2, Kajang.
Terima kasih kepada warga SMK Taman Jasmin 2, Kajang kerana memberi ruang dan peluang setiap tahun (sejak 2008) untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di sekolah ini. Semoga segala maklumat dan pengisian yang disampaikan sepanjang program tersebut dapat dimanfaatkan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program tersebut.