Rabu, 28 September 2011

RENCANA 90: SOALAN LATIH TUBI PRA-SPM - SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS

Ikutilah rencana KOMSAS saya selanjutnya bertajuk "Soalan Latih tubi Pra-SPM - Soalan Pemahaman KOMSAS", di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Oktober 2011. Selamat membaca!!!

RENCANA 89: SOALAN LATIH TUBI PRA-SPM - RUMUSAN DAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya selanjutnya bertajuk "Soalan Latih tubi Pra-SPM - Rumusan dan Pengetahuan & Kemahiran Bahasa. Selamat membaca!!!

RENCANA 88: MEMUGARKAN SEMANGAT PATRIOTISME


Ikuti rencana umum saya selanjutnya bertajuk "Memugarkan Semangat Patriotisme" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Oktober 2011. Selamat membaca!!!

TERCARI-CARI ISU UNTUK KARANGAN SPM 2011?




Kandungan KRU 1


Kandungan KRU 2

Anda masih tercari-cari isu atau tajuk yang bakal diuji dalam kertas Bahasa Melayu 1 SPM (1103/1) pada 14 November 2011? Buku Koleksi Rencana Umum Jilid 1 dan 2 (KRU 1 & 2) dapat menyelesaikannya. Sila rujuk dan baca 1 rencana 1 hari menjelang SPM. Anda baca anda dapat.

Ahad, 25 September 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG





Tarikh: 24 September 2011 Hari : Sabtu Masa : 8.30 - 12.30 tengah hari Tempat: Bilik Muzik, SMK Taman Jasmin 2, Kajang Terima kasih tidak terhingga Puan Norliza Kamarudin, Puan Salina, guru-guru Bahasa Melayu dan semua murid yang terlibat dalam program tersebut. Semoga kalian semua memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Jumaat, 23 September 2011

RENCANA 87: SENARAI SEMAK SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS 2011

Ikutilah rencana KOMSAS saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran September 2011

RENCANA 86: TEMA & ISU KERTAS BAHASA MELAYU 1


Ikutilah rencana Bahasa Melayu selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran September 2011. Selamat membaca!!!

Rabu, 21 September 2011

RENCANA 85: MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG



Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk "Menangani Kenaikan Harga Barang" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran September 2011. Selamat membaca!!!

Jumaat, 16 September 2011

RUJUKAN TAMBAHAN BUKU KRU 2: SOALAN 4 KERTAS BM 1 - TERENGGANU

Rujukan tambahan: Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Terengganu Bahagian B soalan 4 yang berbunyi:
Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Produk Halal Malaysia dapat membantu menjanakan pendapatan rakyat serta memasarkan industri tersebut ke peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memajukan industri tersebut. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Untuk rujukan tambahan sila rujuk artikel saya dalam buku KRU 2 bertajuk: "Mengembangkan Pasaran Industri Halal" dan dibaca bersama-sama artikel bertajuk "Memperkasakan Industri Kecil dan Sederhana".

Khamis, 15 September 2011

RUJUKAN TAMBAHAN BUKU KRU 2: SOALAN 3 KERTAS BM 1 - MELAKA

Soalan Peperiksaan Percubaan SPM MELAKA 2011 Bahagian B Soalan 3 yang berbunyi:

Industri batik dan songket negara telah mendapat tempat dalam masyarakat melalui pelbagai usaha yang telah dijalankan dari semasa ke semasa. Huraikan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memajukan industri tersebut.

Untuk rujukan tambahan sila rujuk artikel saya dalam buku Koleksi Rencana Umum Jilid 2 (KRU 2) bertajuk: "Memajukan Industri Desa".


RUJUKAN TAMBAHAN BUKU KRU 2: SOALAN 3 KERTAS BM 1 - KEDAH

Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Kedah 2011 Bahagian B Soalan 3 berbunyi:

Bidang keusahawanan atau perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya yang bersikap positif. Pada pandangan anda, apakah sikap positif yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan atau peniaga yang ingin berjaya.


Sila rujuk artikel saya bertajuk "Pembudayaan Keusahawanan Melalui Pendidikan" dan artikel "Meneroka Bidang Keusahawanan Dalam Talian" dalam buku KRU Jilid 2 untuk keterangan lanjut.


Rabu, 14 September 2011

RUJUKAN TAMBAHAN BUKU KRU 2: SOALAN 3 KERTAS BM 1 - MRSM

Soalan Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2011 Bahagian B Soalan 3 berbunyi:

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya yang berlainan, perpaduan amat penting dalam mencapai matlamat pembangunan negara.
Sarankan langkah-langkah mengekalkan perpaduan dan kepentingan perpaduan kepada negara.

Rujuk artikel lengkap saya bertajuk "Mengukuhkan Perpaduan Agenda Utama Negara" dalam buku Koleksi Rencana Umum Jilid 2 (KRU 2) sebagai panduan untuk menulis karangan tersebut.

Selasa, 13 September 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS KUBANG PASU




g

Tarikh: 9 Sept 2011 (Ahad)
Masa : 3.00 petang
Tempat: Pusat Sumber SM Sains Kubang Pasu
Terima kasih kepada Tuan Hj. Ismail Ibrahim kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di sekolahnya untuk kali kedua. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru Bahasa Melayu dan pelajar yang terlibat dalam program tersebut kerana komitmen kalian yang cukup tinggi dan bersemangat.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR





Tarikh: 11 September 2011
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan SMK Sultanah Bahiyah
Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Ariyaty Basiron yang mengundang saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SMK Sultanah Bahiyah buat kali pertama. Selain itu, terima kasih juga kepada guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar yang terbabit dengan program tersebut, sekali gus membeli buku-buku KRU 1 & 2 saya. Semoga kalian semua berjaya dalam peperiksaan SPM dengan cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM BATU PAHAT





Tarikh: 9 September 2011
Masa : 8.00 malam
Tempat: MRSM Batu Pahat
Terima kasih kepada Cikgu Abdul Halim dan Hasmaliza Kasmuri, serta murid-murid kerjasama memberi kerjasama yang cukup memberangsangkan sepanjang program tersebut. Semoga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.