Ahad, 28 Ogos 2011

KERELEVANAN BUKU KRU 1 & 2 DENGAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU 2011




Berdasarkan soalan Bahagian A Kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM Terengganu 2011, guru dan murid bolehlah merujuk artikel bertajuk "Pelancongan Domestik" yang terdapat di dalam buku Koleksi Rencana Umum Jilid 1 untuk tujuan mengulang kaji menjelang peperiksaan SPM yang sebenar.

Soalan Bahagian B

Sebahagian daripada artikelnya

Soalan 4 dalam Bahagian B juga mempunyai kaitan dengan artikel bertajuk "Memperkasakan Industri Kecil & Sederhana" di dalam buku KRU 2.

Khamis, 18 Ogos 2011

MAKLUM BALAS TENTANG BUKU KRU

Buku Koleksi Rencana Umum Artikel 3 'Memperkukuh Tradisi Hidup Berjiran' yang saya beli daripada cikgu tempoh hari banyak membantu pelajar saya menjawab Soalan Bahagian A Karangan Bahan rangsangan 'AMALAN KEJIRANAN'. Pelajar saya terkejut soalan yang saya bincangkan dalam kelas berdasarkan artikel yang Cikgu Samat tulis, keluar peperiksaan percubaan. Rezeki Bulan Ramadhan...Terima Kasih Cikgu.

Faham dan mengerti itu satu makna yang berbeza,namun, jika disatukan akan membuahkan hasil kepada persefahaman.... persefahaman akan menjadikan seseorang itu boleh bertolak-ansur, tolong-menolong dan bekerjasama seperti buku KRU 1 dan 2 hasil buah tangan Cikgu SAMAT, walaupun nampak biasa dari segi luarannya tetapi apabila dibaca, difahami dan dimengertikan apa sebenarnya yang ingin disampaikan secara tersurat dan tersirat, pasti jika anda membaca dengan mata hati dan keikhlasan untuk menambah ilmu pengetahuan, sinar cahaya kejayaan pasti anda terbit, Semoga pembeli buku KRU 1 dan 2 dapat menilai yang mana kaca dan yang mana intan.....
Maklum balas daripada:
Mohd. Rifqi Ismail - SMK Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah

Selasa, 9 Ogos 2011

KERELEVANAN BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM DENGAN SOALAN SPM

LinkKandungan Buku KRU 1

Contoh sebahgian artikel

Contoh sebahagian artikel

Artikel asal yang disiarkan dalam FOKUS SPM


Contoh soalan Bahagian A kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2010

Artikel yang bertajuk "Mengekalkan Nikmat Kesihatan" disiarkan dalam majalah FOKUS SPM, Disember 2009 yang turut dipaparkan dalam Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM tahun lepas (bermula 1 - 22 November 2010 sebelum kertas Bahasa Melayu yang dijadualkan pada 23 November 2010) dalam blog ini keluar dalam soalan Kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2010 secara kebetulan. Program pecutan terakhir tahun lalu seperti itu secara tidak langsung dapat membantu calon SPM khususnya berpeluang mengakses internet. Namun, bagi mereka yang tidak berpeluang melayari Internet pasti ketinggalan program tersebut.

Oleh itu, sejak 2 bulan yang lalu saya menerbitkan buku KOLEKSI RENCANA UMUM Jilid 1 & 2 (KRU 1 & 2) atas permintaan rakan guru yang memerlukan bahan untuk rujukan para pelajar mereka khususnya untuk kemahiran menulis karangan bermutu, di samping latih tubi untuk rumusan. Sejak itu, segala artikel yang disiarkan dalam program tersebut terpaksa saya keluarkan dan dibukukan dalam kedua-dua jilid tersebut. Tegasnya, segala isu yang dipaparkan dalam kedua-dua buku KRU 1 & 2
amat relevan dengan isu atau tema yang dikemukakan dalam kertas Bahasa Melayu 1 peringkat SPM.

Kesimpulannya, bagi mereka yang ingin menguasai kemahiran menulis karangan bolehlah merujuk dan membaca kesemua isu yang dipaparkan dalam kedua-dua buku KRU 1 & 2 saya. Pesanan bolehlah dibuat terus kepada saya dan sila rujuk cara-cara membuat pesanan dalam lajur sebelah kiri blog ini. Terima kasih.