Selasa, 9 Ogos 2011

KERELEVANAN BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM DENGAN SOALAN SPM

LinkKandungan Buku KRU 1

Contoh sebahgian artikel

Contoh sebahagian artikel

Artikel asal yang disiarkan dalam FOKUS SPM


Contoh soalan Bahagian A kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2010

Artikel yang bertajuk "Mengekalkan Nikmat Kesihatan" disiarkan dalam majalah FOKUS SPM, Disember 2009 yang turut dipaparkan dalam Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM tahun lepas (bermula 1 - 22 November 2010 sebelum kertas Bahasa Melayu yang dijadualkan pada 23 November 2010) dalam blog ini keluar dalam soalan Kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2010 secara kebetulan. Program pecutan terakhir tahun lalu seperti itu secara tidak langsung dapat membantu calon SPM khususnya berpeluang mengakses internet. Namun, bagi mereka yang tidak berpeluang melayari Internet pasti ketinggalan program tersebut.

Oleh itu, sejak 2 bulan yang lalu saya menerbitkan buku KOLEKSI RENCANA UMUM Jilid 1 & 2 (KRU 1 & 2) atas permintaan rakan guru yang memerlukan bahan untuk rujukan para pelajar mereka khususnya untuk kemahiran menulis karangan bermutu, di samping latih tubi untuk rumusan. Sejak itu, segala artikel yang disiarkan dalam program tersebut terpaksa saya keluarkan dan dibukukan dalam kedua-dua jilid tersebut. Tegasnya, segala isu yang dipaparkan dalam kedua-dua buku KRU 1 & 2
amat relevan dengan isu atau tema yang dikemukakan dalam kertas Bahasa Melayu 1 peringkat SPM.

Kesimpulannya, bagi mereka yang ingin menguasai kemahiran menulis karangan bolehlah merujuk dan membaca kesemua isu yang dipaparkan dalam kedua-dua buku KRU 1 & 2 saya. Pesanan bolehlah dibuat terus kepada saya dan sila rujuk cara-cara membuat pesanan dalam lajur sebelah kiri blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan