

 Tarikh: 30 Mei 2011 (Isnin)
Tarikh: 30 Mei 2011 (Isnin)Tempat: Surau SMK Malim
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam program tersebut. Semoga kalian mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu yang disampaikan.
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.





 Tarikh: 29 Me1 2011 (Ahad)
Tarikh: 29 Me1 2011 (Ahad)KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya. Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan  kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred  DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. -
Sumber : Utusan Malaysia




 Tarikh: 7 Mei 2011 (Sabtu)
Tarikh: 7 Mei 2011 (Sabtu)

 Ikuti rencana KOMSAS saya selanjutnya (3 halaman) berjudul "Penggunaan Bahan Grafik dalam "Sutera dalam Lukisan", Pelita Bahasa, Mei 2011.
Ikuti rencana KOMSAS saya selanjutnya (3 halaman) berjudul "Penggunaan Bahan Grafik dalam "Sutera dalam Lukisan", Pelita Bahasa, Mei 2011.



 Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Hj. Mokhtar b. Hj. Zakaria, Pengetua SM Vokasional Lebuh Cator, Ipoh kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menyampaikan ceramah tentang Teknik Pengajaran Bahasa Melayu kepada semua guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sekitar semua daerah Perak dalam Konvensyen Guru-guru Bahasa Melayu SMT dan SMV negeri Perak kali kedua. Slot kedua disampaikan oleh rakanku, Dr. Ghazali Lateh tentang Teknik Penulisan. Konvensyen ini diadakan pada 4 Mei 2010 (Rabu) bertempat di Hillcity Hotel, Ipoh. Semoga perkongsian maklumat sepanjang konvensyen ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Hj. Mokhtar b. Hj. Zakaria, Pengetua SM Vokasional Lebuh Cator, Ipoh kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menyampaikan ceramah tentang Teknik Pengajaran Bahasa Melayu kepada semua guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sekitar semua daerah Perak dalam Konvensyen Guru-guru Bahasa Melayu SMT dan SMV negeri Perak kali kedua. Slot kedua disampaikan oleh rakanku, Dr. Ghazali Lateh tentang Teknik Penulisan. Konvensyen ini diadakan pada 4 Mei 2010 (Rabu) bertempat di Hillcity Hotel, Ipoh. Semoga perkongsian maklumat sepanjang konvensyen ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.KUALA LUMPUR 1 Mei – Kesusasteraan Melayu harus dijadikan mata pelajaran tunggal dan bukannya dijadikan sebahagian daripada komponen subjek Bahasa Melayu seperti sekarang. Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh berkata, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang lebih progresif untuk memperbaiki cara pelaksanaan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah.
“Kita harus sedar subjek ini (Kesusasteraan Melayu) sebenarnya bercampur dengan subjek Bahasa Malaysia yang juga mempunyai bahagian seperti tatabahasa, pemahaman dan penulisan. Jadi, seseorang guru bahasa tidak semestinya mampu menguasai seni kesusasteraan. “Pengasingan akan mempermudah kerja mencari guru yang pakar dan mahir dalam bidang sastera untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam subjek kesusasteraan. Pengkhususan dalam pengajaran bidang sastera akan melahirkan generasi muda yang lebih menguasai dan menghayati sesuatu kesusasteraan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas program Bicara Sasterawan Negara Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bersama Datuk Dr. A. Samad Said dan Muhammad dengan topik Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, di sini hari ini. Muhammad berkata, kerajaan harus memastikan maktab perguruan dan universiti menghasilkan lulusan yang baik dalam bidang kesusasteraan supaya bakal guru sastera merupakan mereka yang betul-betul mahir dan menguasai bidang itu dengan sepenuhnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, generasi muda harus dipupuk untuk menjiwai kesusasteraan dan bukannya menghafal laras dan teori yang diajar dalam subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah. “Sastera Melayu tradisi merupakan satu warisan kebudayaan yang amat tinggi nilainya dan sastera Melayu terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu dalam bentuk lisan dan tulisan.
“Generasi muda sebenarnya perlu sedar bahawa tiada siapa lagi yang dapat memikul beban untuk mempertahan dan memperkembang sastera Melayu kerana zaman Usman Awang dan sasterawan terkemuka negara yang lain telah hampir tiada dan ada yang sudah tamat perjuangan mereka,” katanya.
Sumber: www.utusan.com.my
 Sambutan Hari Pekerja 2011 akan diraikan pada hari ini. Hari Pekerja  mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila diisytiharkan 1 Mei  setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan  Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun  sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada  pembangunan negara. Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan  swasta juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak  kerajaan, majikan, dan pekerja. Pada tahun ini, perhimpunan yang  bertemakan 'Pekerja Merealisasi Transformasi Negara' akan diadakan pada 7  Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebagai penghormatan  kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan  berkenaan.
Sambutan Hari Pekerja 2011 akan diraikan pada hari ini. Hari Pekerja  mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila diisytiharkan 1 Mei  setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan  Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun  sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada  pembangunan negara. Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan  swasta juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak  kerajaan, majikan, dan pekerja. Pada tahun ini, perhimpunan yang  bertemakan 'Pekerja Merealisasi Transformasi Negara' akan diadakan pada 7  Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebagai penghormatan  kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan  berkenaan.